“Hanya Allah SWT sahaja dapat membalas apa jua yang lakukan “

Dalam diam, penyanyi tinggi lampai, Nita Hamzah, rupa-rupanya baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah. 

Namun, di sebalik itu, ada kisah menarik di sebalik pemergiannya ke tanah suci itu .

Merakamkan ucapan penghargaan buat rakan selebriti, Datin Alyah , Nita perjelas, Alyah  merupakan individu yang  bertanggungjawab merialisasikan impiannya untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.

Alyah di kacamata Nita, merupakan seorang sahabat yang sangat pemurah dan sentiasa menginginkan yang terbaik buat orang-orang di sekelilingnya.

Jelas Nita lagi, tanpa bantuan Alyah, tidak mungkin dia dapat menjejakkan kaki ke rumah Allah itu.

“Assalamualaikum post ini adalah istimewa buat seseorang yang selalu nak saya berjaya, nak saya senang dan yang paling penting nak bawa saya ke rumah Allah SWT

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur dengan izin Allah SWT saya telah dipanggil ke rumah Allah SWT. Kalau mengikutkan kemampuan saya, belum mampu untuk kesana,” tulisnya.

Luahan tersebut dik0ngsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Hadirah Cinta itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Nita turut menambah, dia juga berasa amat bertuah kerana dikurniakan sahabat yang sanggup menerima baik dan b-uruknya selama ini.

Jelasnya lagi, dia juga merasakan jasa Alyah amat besar buat dirinya dan tak mungkin akan terbalas.

“Tetapi diseb-abkan saya dikurniakan seorang sahabat yang Allah SWT hantar kepada saya, apa yang saya impikan tercapai jua walaupun saya bukanlah seorang sahabat yang sempurna tapi dia menerima saya seadanya saya.

“Sepanjang di Makkah di depan Kaabah nama you langsung tak ditiggalkan atau lupa. Dear Noor Hasliah Abu Hassan, hanya Allah SWT sahaja dapat membalas apa jua yang lakukan buat I. Tak terbalas dibuatnya,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Nita turut berharap agar persahabatan mereka ini akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Hanya Allah SWT sahaja tahu betapa sayangnya i dekat you. Maafkan I sekiranya I tidak sempurna sepanjang persahabatan kita. Semoga Allah SWT sahaja membalas kebaikan sahabat ku ini,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan k0men, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut kagum nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh Nita dan Alyah.

Sekadar info, Nita merupakan naib juara bagi program realiti TV Malaysian Idol musim kedua pada tahun 2005.

 

Sumber: Instagram Nita Hamzah via MH