Bukan fesyen baru, pengantin terlebih dahulu dah buat gaun bunga ala Aina Abdul. Guna fresh flowers lagi!

Rasanya masih belum habis lagi bah4ng Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36, antaranya tentang imej Aina Abdul yang selalunya lain dari yang lain.

Sering tampil dengan imej pelik, fesyen Aina Abdul ketika menyanyikan lagu Nafas Cinta bersama Khai Bahar dikatakan seperti pokok bergerak.

Bagaimanapun tvlar satu video di TikTok di mana pasangan pengantin ini mengenakan baju perkahwinan  yang  sama seperti baju persembahan Aina Abdul.

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna di TikTok yang juga merupakan seorang jurugambar, mendapat perh-atian warganet apabila rata-rata mereka teruja melihat baju yang diperagakan oleh pengantin wanita itu.

Apa yang lebih menarik, di dalam video itu, beliau yang dikenali sebagai @hafeezakimi menyatakan bahawa bunga yang terdapat pada busana pengantin itu adalah bunga segar, antaranya Mawar, Baby Breath, Daisy serta banyak lagi.

Selain itu, menurut Hafeez busana yang ditatahias dengan bunga segar, yang bermula daripada bahagian atas hingga ke bawah baju itu bernilai ribuan ringgit.

Menerusi video juga kelihatan beberapa orang yang turut membantu pengantin wanita untuk membetulkan bunga di busananya.

Melihat kepada reaksi warganet ada yang menyatakan bahawa mungkin baju pokok yang dipakai oleh Aina Abdul ketika di AJL malam itu terinspirasi daripada baju pengantin ini.

Sekadar info, gaun Aina mendapat sentuhan dari pereka fesyen terkenal Melinda Looi .

Setakat jam ini, video tersebut telah mendapat lebih dari 113.5 ribu tontonan, 4960 tanda suka, 85 k0men serta 148 perk0ngsian di TikTok.

 

Sumber:Buzzkini