‘Husin’ pergi bersama Mamat Khalid – Awie

Sebelum ini tiada siapa menyangka pelakon dan penyanyi rock tanah air, Datuk Awie mampu melakonkan watak komedi sehingga lah bakatnya itu digilap oleh pengarah tersohor tanahair Allahyarham Mamat Khalid.

Menga-kui watak Husin yang dibawanya dalam beberapa siri filem arahan Mamat Khalid berjaya memberi impak dalam perjalanan seninya, namun Awie merasakan ‘Husin’ kini telah hilang, setelah perginya pengarah tersohor itu, pada tahun lalu.

Katanya, setakat ini dia belum menemukan mana-mana pengarah yang memiliki pemikiran dan idea seperti Allahyarham.

“beliau (Mamat Khalid) pergi membawa bersama watak Husin, kalau tidak ada peneraju utama watak-watak ini, maka tidak ada sentuhan itu lagi.

“Saya tidak nampak pengarah mana yang boleh buat. Kalau kata anak dia, ia adalah dua benda yang berbeza, saya tidak nampaklah,” katanya ketika ditanya mengenai perancangan lakonannya sebagai Husin dalam siri popular komedi Kampong Pisang, dalam sidang akhbar Raikan Cinta Ramadan Wings di Hotel Lacrista di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Awie berkata, bagaimanapun dia bersedia memberi peluang kepada mana-mana pengarah yang berani untuk mencuba menghidupkan kembali watak itu.

“Tapi tak tahulah kalau ada yang berani nak mencuba, saya akan melihat cara pengarahan macam mana, jangan kami yang pen4t, director senyum sahaja.

“Mamat punya sentuhan itu lain, dia meng-arah serius tapi watak saya bawa sebenarnya kelakar, dia twist macam tu. Dia memang susah nak baca Mamat Khalid ni, nak dapat pengarah macam tu, dia kena ‘gila’ dulu,” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya apakah beliau mengarahkan sendiri watak Husin menerusi syarikat produksinya, vokalis Wings itu hanya membalas dengan nada gurauan.

“Insya-Allah. tunggu arahan pertama saya,” ujarnya.

Awie tampil dalam lapan filem arahan Mamat Khalid iaitu Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon & Jin Pakai Toncit, Zombi Kilang Biskut, Hantu Kak Limah, Kampong Pisang Bersiri-Siri dan Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

Allahyarham Mamat Khalid meniggal dunia pada 24 Oktober 2021 setelah rebah di restoran miliknya dipercayai akib4t ser4ngan jantung.

 

 

 

Sumber:Utusan