MySejahtera ada kesilapan teknikal, abaikan janji temu dos penggalak kedua

Kementerian Kesih-atan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini menegaskan terdapat isu teknikal dalam aplikasi MySejahtera apabila sistem tersebut telah menghantar pautan janji temu untuk dos penggalak kedua kepada individu dewasa yang sudah pun menerima dos penggalak dan juga
kepada remaja iaitu golongan berusia 17 tahun dan ke bawah.

Menurut KKM, dos penggalak Covid-19 hanya diberikan kepada individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas dan tiada dos penggalak kedua atau dos keempat diberikan kepada umum.

“Pasukan teknikal MySejahtera sedang memperbetulkan perkara ini dan memOhon maaf di atas sebarang kesu-litan yang timbul daripada mas4lah teknikal ini.

“Bagi mengatasi mas4lah yang berlaku, individu berikut diminta menga-baikan pautan janji temu iaitu ibu bapa atau penjaga kepada remaja berusia 17 tahun dan ke bawah yang menerima pautan janji temu dos penggalak untuk remaja di bawah jagaan.

“Juga individu dewasa yang telah mendapat dos penggalak tetapi masih menerima pautan janji temu baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut, sekiranya orang ramai telah membuat janji temu dos penggalak untuk tanggungan mereka atau untuk dos keempat melalui pautan yang dihantar, janji temu tersebut boleh dibat-alkan dan tidak perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

“Malah semua PPV telah dimaklumkan tentang perkara ini serta akan men0lak kehadiran remaja untuk dos penggalak dan juga individu yang hadir untuk dos penggalak kedua atau dos keempat,” katanya.

 

 

Sumber:K0smo