Arab Saudi saksi penghijrahan Nelydia Senrose

Setelah lama berdiam diri dengan imej terbarunya, pelakon popular Nelydia Senrose akhirnya meng4kui yang dia kini sudah berhijab penuh.

Mula tampil berhijab sekembalinya daripada mengerjakan umrah Disember tahun lalu, ramai peminat yang berteka-teki adakah itu imej terbaru pelakon hebat ini.

Tenang menjawab soalan, Nelydia berkata dia tidak berani mengulas berlebihan mengenai penampilan baharunya itu kerana menganggap dirinya masih dalam pr0ses pembelajaran.

“Saya mahu jalani pr0ses pengh-ijrahan ini selangkah demi selangkah tetapi pasti… Saya memang ke arah itu. Saya cuma tidak berani cakap lebih.

“Saya tidak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus Z. Budak belajar berenang pun tidak dicampak terus ke tempat dalam… Bimbang lemas.

“Sama juga seperti saya yang masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih s0al diri dan agama Islam.

“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” katanya seperti dipetik BH Online.

“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.

“Saya mula belajar, apa yang terd-edah ditutup sedikit demi sedikit… Aturan itu sangat cantik,” katanya yang menikahi ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen turut meng-aku diburu perasaan bimbang andai hati berb0lak-balik.

“Saya mengharapkan penga-khiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersil4p percaturan, hati boleh berubah.

“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.

“Hari ini okay, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya.

Pelakon filem Jebat itu juga sudah bersedia andai penampilan lamanya iaitu tidak berhijab dalam drama Khilaf Asmara diperkatakan peminat.

“Penggambaran dibuat tahun lalu dan drama ini disiarkan bulan depan. Saya tak kisah jika ada yang mengadili imej dalam drama itu dengan penampilan sekarang.

“Tidak semua orang faham apa yang dilalui kerana mereka (netizen) tidak berada di tempat kita.

“Namun, saya percaya dan berharap mereka tahu proses untuk terus istiqamah mengambil masa selain berdepan cab4ran dan uji4n. Saya harap peminat terus beri sokongan,” katanya.

Nelydia, 27, juga tidak gentar keputusan bertudung menjejaskan karier seninya. Malah, akuinya, beberapa projek telefilem bakal dijayakannya.

“Saya percaya Tuhan itu pemegang rezeki kita. Saya tak gentar dan takut. Setiap daripada kita ada ujian masing-masing.

“Boleh jadi kalau Tuhan sekat rezeki kita, itu adalah sesuatu yang baik. Demikian juga jika beroleh rezeki, ia mungkin boleh memudaratkan kita.

“Saya percaya apa yang berlaku, contohnya, tiada rezeki berlakon itu bermakna Tuhan melindungi kita untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya.

 

Sumber:BH