Alat pemanas air punca tiga beranak, pembantu rumah temui ajal di bilik air

Mist3ri tiga beranak dan pembantu rumah mereka yang ditemui sudah tidak bernyawa berakhir apabila Jabatan P0lis Jakarta Timur dan Pusat Makmal F0rensik P0lis yang melakukan sia-satan terperinci di lokasi kejadian menges4hkan bahawa kesemua mereka terkena renjatan elektrik yang dipercayai berpunca daripada alat pemanas air.

Daripada sia-satan yang dilakukan, pihak berkuasa menemukan keb0coran aliran elektrik pada sistem pemasangan alat tersebut.

“Arus elektrik itu sepatutnya mengalir ke bumi, namun disebabkan masa-lah pemasangan, arus itu mengalir ke pemegang alat tersebut,” kata jurucakap polis, Karya seperti yang dilap0rkan oleh p0rtal media Kompas.com.

Katanya, disebabkan pemegang alat pemanas itu basah terkena air, maka magsa terkena renj-atan.

Insiden menyayat hati itu menyaksikan sepasang suami isteri, bayi mereka berusia 11 bulan dan pembantu rumah keluarga berkenaan ma-ut di lokasi kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Pulogadung, Jakarta Timur.

Kejadian itu berlaku ketika si isteri memandikan anak mereka di bilik air sebelum mereka terkena aliran elektrik.

Suami yang mendengar jeritan itu terus pergi ke bilik air sebelum dia juga terkena renj-atan elektrik.

Kemudian, pembantu rumah yang terdengar jeritan itu juga pergi bilik air untuk melihat apa yang berlaku sebelum dia turut terkena ren-jatan.

Insiden itu disedari oleh seorang lagi pembantu rumah keluarga tersebut.

Pembantu rumah itu kemudiannya menghubungi amb-ulans dan p0lis sebelum kesemuanya dis4hkan sudah meninggal dunia.

Sumber:UM