Al-Quran versi Neelofa dilengkapi dengan imbasan QR code

Selebriti dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa memanjatkan rasa bersyukur apabila hasratnya untuk mencetak Al-Quran bagi tujuan wakaf akhirnya terlaksana selepas 2 tahun terpaksa ditagguhkan.

Seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) telah bekerjasama dengan Yayasan Restu telah berjaya mencetak 1,000 naskah Al-Quran beridentiti sendiri.

Menurut Neelofa, perancangan untuk menghasil serta mencetak Al-Quran ini sudah lama, namun progresnya agak perlahan kerana ingin mencari pencetak yang mencapai kriteria yang dimahukan.

“Akhirnya kami bertemu dengan Yayasan Restu yang memiliki pengalaman yang luas dalam bidang seni mushaf dan kesenian islam melebihi 30 tahun.

“Yayasan tersebut juga menguruskan Kompleks Nasyrul Quran iaitu Pusat Pencetakkan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia,” jelas bekas pelakon ini lagi.

Menurutnya Al-Quran cetakan nya  itu mempunyai ciri khas dengan rekaan Kiswah Kaabah yang menggunakan konsep mushaf mufiq.

Mufiq bermaksud isi Al-Quran mudah difaham kerana Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca bahkan ia adalah ensiklopedia lengkap mengenai Al-Quran al karim.

Dan yang lebih istimewa, Al-Quran ini juga mempunyai atlas dengan ciri imbasan QR code di mana pembaca boleh mengetahui akses tenang lokasi dan kejadian dalam surah tertentu.

Sasar 30,000 untuk jualan Al-Quran

Neelofa berkata, pihaknya dan PKN mensasarkan jualan lebih 30,000 selain  boleh dibeli bagi tujuan wakaf ke pusat tahfiz, masjid atau surau.

Menurutnya lagi Al-Quran yang dijual dengan harga RM200 ini tidak dijual di luar dan ia hanya boleh didapatkan menerusi PKN dan pihaknya juga boleh membantu jika ingin membuat sumbangan di mana-mana madrasah, surau, pusat tahfiz serta kepada sesiapa yang memerlukan.

Bagi yang berminat ,maklumat lanjut boleh didapati dari laman web Yayasan Restu atau Nasyrul Quran Malaysia.

 

 

 

Sumber:Buzzkini