“Alhamdulillah selepas 4 tahun..” Nedim Nazri teruja Adriana bakal ke sekolah

Kepada sesiapa yang masih mengingati, sekitar tahun 2018,  tvlar kisah seorang bayi perempuan, Nur Adriana  Maisarah yang menderi-ta kerana mengidap peyakit kulit ekzema tahap kr1tikal. 

Kisah Adriana itu turut mendapat perhatian suami kepada pelakon popular Nora Danish, iaitu Nedim Nazri.

Keluarga Adriana dicari dan Nedim telah menanggung segala kos raw-atan untuk memulihkan Adriana.

Sejak daripada itu, tanpa sebarang publisiti media, hubungannya bersama keluarga Adriana bertambah akrab dan mereka saling berhubung antara satu sama lain.

Kini selepas 4 tahun berlalu, dalam hantaran terkini Nedim di Instagram nya, barulah dia ada memvatnaik keadaan terkini Adriana.

“This is Adriana now. Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masa-lah kulit yang kritikal.

“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos peru-batan si comel ini sepenuhnya dan semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Adriana,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Nedim turut menzahirkan rasa teruja apabila Adriana kini telah pun memulakan sesi persekolahannya buat pertama kali.

Katanya lagi, doanya juga akan sentiasa mengiringi Adriana agar urusannya sentiasa dipermudahkan.

“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school. Syukur Alhamdulillah, uncle Du’aa kan semua di permudahkan untuk Adriana sekeluarga,” kongsinya lagi.

Wajah Adriana satu ketika dahulu

Menjengah ke ruangan k0men, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat Nedim.

“Alhamdulillah, may Allah bless you and family.

“Allahuakbar, semoga Allah balas segala kebaikkan abangku. SubhanAllah saham akhirat yang tinggi dan besar nikmatnya.

“Ya Allah. Empat tahun dah. Rasa kejap je. Alhamdulillah.

“Semoga menjadi asbab saham pahala Boss Ned dan keluarga di akhirat kelak. InsyaAllah. Keep it up boss.

“Alhamdulillah, she’s so beautiful,” antara k0men-k0men netizen di laman Instagram.

Tidak ketiggalan bapa kepada Adriana sendiri iaitu Mohd Sharil yang menitipkan ucapan terima kasihnya kepada pasangan suami isteri itu.

 

 

Sumbe:MH