“Sekarang baba s4kit, jadi taggugjawab kami pula”- Anak Ali XPDC tagguh pengajian di Maahad Tahfiz demi bantu keluarga

Walaupun beransur pulih, penyanyi Ali XPDC yang kini meneruskan ra-watan di H0spital Rehabilitasi Cheras, di sini, masih perlu ‘bercuti’ selam enam bulan dari nyanyian bagi memastikan dirinya benar-benar sihat.

Oleh yang demikian, dua anaknya, Wan Aliuddin Aqiel, 26, dan Wan Nurazmyn, 24, berkata, peristiwa ini mendorong mereka untuk berniaga bagi membantu kewangan keluarga.

“Sebelum ini baba (ayah) tanggung kehidupan kami sepenuhnya. Sekarang dia s4kit dan kami perlu ambil tanggungjawab untuk cari rezeki pula.

“Kawan baba, seorang ustaz ada kedai di Bazaar Sungai Besi berhasrat memberikan kami kedai untuk berniaga secara percuma. Jadi, kami berhasrat untuk berniaga makanan kering seperti kerepek dan kuih muih. Ia dijangka bermula pada Ramadan ini,” kata mereka seperti dipetik Harian Metro.

Wan Aliuddin Aqiel yang kini di tahun akhir pengajian dalam jurusan Fikah dan Syariah Islamiah di Maahad tahfiz di Pulau Pinang mengambil cuti sehingga Aidilfitri untuk bersama keluarganya.

Menurut Wan Aliuddin lagi, ayahnya (Ali XPDC) memang tidak mahu anak-anaknya bekerja dan tumpukan perhatian pada pelajaran. Tetpi dalam keadaan sekarang dia merasakan dia perlu menangguhkan dulu pengajiannya.

“Alhamdulillah, ummi mempertahankan hasrat kami apabila beri kebenaran kami bekerja. Kami akan dibantu oleh seorang lagi adik iaitu Wan Ainin.

“Produk makanan ini diambil dari Pulau Pinang dan kos yang diperlukan ialah sekitar RM6,000,” katanya pada sidang media RASA (Cinta Di Sebalik Musim) Datuk Ramli Sarip di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Kedua anak penyanyi rock itu hadir bagi menerima sumbangan tabung penggiat seni sumbangan penganjur Mukmin Pay Sdn Bhd dengan sokongan Konsortium IRAMA mewakili bapa mereka.

“Syukur, dengan bantuan ini dapatlah ringankan beban kami membeli keperluan baba seperti susu dan lampin pakai buang. H0spital pun bagi susu untuk sebulan saja dan selepas itu kena beli sendiri,” kata Wan Nurazmyn.

Menurutnya, mereka sekeluarga juga kini tinggal sementara di rumah ibu saudara di Balakong untuk menjimatkan kos.

“Ummi kata kos agak tinggi untuk berulang dari Rantau Panjang, Klang ke Cheras. Jadi, kami sekeluarga terpaksa ambil keputusan ini,” katanya.

Awal Mac lalu, Ali, 53, dikej-arkan ke H0pital Ampang apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio Eddie (pemain bass) di Pandan Indah.

Ali ketika itu giat berl4tih sebagai persiapan untuk satu Konsert yang bakal diadakan di Banting.

Sumber:HM