Semalam, satu dokumen sulit Universiti Teknologi MARA(UiTM) iaitu lap0ran kronologi siasa-tan berkenaan seorang pensyarah kontraknya yang memperlekeh penuntut B40 telah tersebar di media S0sial.
Susulan itu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor memberitahu pihak UiTM telah membuat satu lap0ran p0lis bagi melindungi keselama-tan mahasiswa dan kakitangannya.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyeb4rkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak yang boleh menjej-askan imej dan nama baik universiti serta menggu-gat kesela-matan warga.
Katanya, UiTM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tind-akan tegas dan melap0rkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkogsi hant-aran yang mengelirukan.
Sementara itu, pensyarah wanita yang tvlar kerana memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba direhatkan daripada mengajar mulai hari ini sehingga sia-satan berkenaan insiden itu selesai.
Jabatan Komunikasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang diadakan semalam.
“Profesor Dr Roshana Takim direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai 1 April sehingga sia-satan lengkap dilaksanakan oleh UiTM.
“Keputusan ini dibuat bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur,” kata kenyataan itu hari ini.
“Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.
“Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam pr0ses ken-aikan pangkat serta pelanjutan k0ntrak perkhi-dmatan,” jelas kenyataan itu.
Menurutnya lagi, UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan pelajarnya.
Baru-baru ini, tular di media s0sial rakaman kelas dalam talian yang memaparkan seorang pensyarah memperlekeh penuntutnya kerana tidak mempunyai komputer riba serta meminta penuntut sama menyuruh kakaknya menggadai gelang emas bagi membeli peralatan itu.
Sumber:BH