Adam Corrie ditertawakan rakan artis, “Cuma Remy Ishak sokong saya, alhamdulillah”

LEBIH 30 tahun berkecimpung dalam industri seni, pelakon dan bekas penari Adam Corrie Lee meluahkan kesyukuran apabila ditawarkan watak seorang hero (tunggak utama) oleh sebuah syarikat produksi.

Menurut Adam,54, dia turut teru-ja akan tawaran yang diterima sehingga pernah mempers0alkan pihak produksi sekiranya benar mahu mengambilnya sebagai watak utama dalam naskhah tersebut.

“Saya sudah terima banyak tawaran filem. Alhamdulillah, tahun ini tawaran yang diterima bukan pelakon pembantu atau ‘cameo’. Kebanyakkannya sebagai pelakon utama.

“Saya tanya mereka betul ke cakap dengan orang yang betul? Tak salah orang? Mereka jawab memang betul malah penerbit dan pengarah yang mahukan saya.

“Kalau ikutkan tahun ini saya ada tiga filem dan kesemuanya sebagai hero, masya-Allah. Perasaan saya memang teruja kerana tidak pernah orang tawarkan saya watak hero sepanjang berlakon,” ujarnya kepada seperti dipetik URTV.

Namun, rupanya tidak semua senang dengan berita tersebut. Luah Adam, dia ada berk0ngsi berita gembira itu dengan rakan-rakan penggiat seni yang lain, namun sebaliknya hanya menerima maklum balas negatif.

Pun begitu, sahabat seperjuangannya, aktor Remy Ishak sentiasa memberi sokongan sekaligus membuatkan dirinya berasa bersyukur dengan respons positif dari Remy.

“Setiap kali saya dapat tawaran filem, saya akan beritahu rakan-rakan, penerbit dan pengarah tetapi mereka semua gelakkan saya.

“Contohnya, saya cakap ‘doakan saya mahu buat penggambaran filem ini dan memegang watak hero’. Kemudian mereka akan balas dengan kata-kata ‘hero ke?’.

“Tetapi ada seorang artis iaitu Remy Ishak selalu sokong saya. Dia kata ‘tiba masanya (sebagai hero), pergi dan saya sokong awak’.

“Kalau artis lain hanya memandang saya atas dan bawah tetapi Remy Ishak tidak begitu. Alhamdulillah, terima kasih,” luahnya.

Dalam pada itu, Adam bercerita yang dia juga pernah menerima kec-aman kerana menggunakan ‘chopstick’ ketika makan turut mengulas lanjut isu tersebut yang h-angat diperkatakan netizen baru-baru ini.

“Bagi saya, orang yang selalu k0men (negatif) kerana dia ba-ngga dapat hent4m orang sesuka hati tanpa perlu bersemuka. Kalau kita tak cukup ilmu, belajar dahulu.

“Tanya kepada orang berpengalaman sebelum nak komen yang b-uruk. Dalam Islam mengajar doakan orang dahulu sebelum menghe-ntam.

“Saya balas (k0men) dan beritahu bahawa saya dah tanya ramai ustaz dan guru tentang penggunaan ‘chopstick’. Guru saya cakap ia tidak wajib tetapi harus.

“Saya beritahu (netizen) dan tidak mengh-entam kerana mahu mereka belajar. Sebelum nak k0men, kena tahu ianya amalan, budaya atau agama,” ujarnya.

Ditanya tentang aktiviti sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, Adam menjawab ringkas, “setiap tahun saya akan berniaga dan jarang terima kerja (lakonan) kerana mahu beri fokus kepada perniagaan,” tuturnya.

Hmm..siapalah yang gelakkan Adam tu ye. Nampak sangat busuk hati!

 

 

 

Sumber:URTV