Did4kwa sudah bernikah dan ada anak, ini penjelasan Aizat Amdan

Aizat Amdan boleh dikatakan antara penyanyi yang langsung tiada k0ntroversi sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

Namun baru-baru ini tersebar berita bahawa penyanyi Sungai Lui itu sudah bernikah senyap-senyap dan mempunyai seorang anak.

Ditemui dalam satu majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, Kuala Lumpur malam tadi, Aizat bagaimanapun mena-fikan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tanpa pengetahuan peminat.

Sungguhpun begitu dia menga-kui bayi tersebut mempunyai hubungan dar-ah dengannnya.

“Muka budak itu memang macam muka saya.
Tapi yang kalian lihat itu adalah anak kakak saya,” jelas Aizat, 33.

Ditanya tentang status hubungannya dengan wanita yang memvat naik foto berkenaan, Aizat berkongsi berita gembira bahawa individu berkenaan merupakan teman wanitanya yang bernama Elyssa.

Akui pelantun lagu Hanya Engkau Yang Mampu itu lagi, dia sudahpun merisik Elyssa pada 12 Februari yang lalu dan kini dalam perancangan untuk mematikan zaman solonya .

“Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia merupakan orang yang istimewa dalam hidup saya.

“Sekarang ini, dia teman wanita sayalah senang cerita. Untuk benda-benda lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian,” ujarnya.

Berkongsi tentang bibit-bibit perkenalan, Aizat memaklumkan, mereka sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan sekarang, Elyssa menguruskan kerjaya seninya termasuk bertindak sebagai pengurus syarikat miliknya, Kasi Gegar Entertaiment.

Oo..macam tu rupanya. Kiranya Aizat sekarang solo but not available lah ye.
Semoga dipermudahkan urusan Aizat dan Elyssa.

Kredit foto:Elyssalia

Sumber:K0smo