“Mustahil dapat seperti yang diimpikan, bagaimanapun saya tetap bersyukur”

Banjir besar yang melanda sebahagian negeri Selangor pada Disember lalu telah memvsnahkan banyak harta benda termasuklah rumah impian pelakon dan pelawak Ebby Yus.

Rumah yang hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di Kuala Langat, Selangor itu, diha-nyutkan air deras, mengakiba-tkan pelakon itu kerugian hampir RM200,000, hasil titik peluhnya selama 3 dekad sebagai anak seni.

Bangkit dari kekece-waan dulu,Ebby Yus kini dalam proses pembinaan rumah baharunya secara perlahan-lahan.

Meng4kui rumah tersebut tidak seperti yang diimpikan sebelum ini,namun dia tetap menitipkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan segala perancanganNya yang baik-buat buat dirinya.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah. Rumah saya itu sedang perlahan-lahan dibina. Insya-Allah mungkin tidak lama lagi rumah saya boleh disiapkan.

“Tetapi tidak seperti yang saya impikan. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur dengan apa yang ada.

“Mungkin mustahil untuk kita dapat semula bagaimana yang kita impikan sebelum ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ebby turut berk0ngsi berkemungkinan pembinaan rumahnya itu tidak dapat disiapkan menjelang Aidilfitri pada tahun ini.

Hal ini demikian kerana, penghantaran barangan bagi membina rumah tersebut agak sukar untuk memasuki ke tempat pembinaan itu atas sebab tertentu.

“Allahualam, saya tidak pasti kerana masal_ahnya, jambatan nak memasuki di tempat itu putus.

“Jadi agak su-kar untuk membuat penghantaran barang untuk dibawa masuk,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Ebby Yus atau nama lengkapnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56,memaklumkan yang dirinya terharu
apabila menerima sumban-gan kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000.

Rumah itu dibina berselang kira-kira tiga lot dari tapak asal rumah sebelum ini,bakal mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk disiapkan.

Ebby juga tidak bercadang untuk membuat sebarang pengubahsuaian atau penambahan pada rumah baharunya kerana kekurangan modal.

Sumber: Utusan