“Selama ni saya tutup kemas identiti ayah”- Anak tuggal Halim Othman

Mula dikenali dalam pertandingan Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27, yang kini aktif mengacara dan berlakon akhirnya mended4hkan bahawa dia adalah anak tunggal kepada bekas pengacara dan penyampai radio popular era 90an, Halim Othman, 56.

Tiga tahun menyimpan kemas identiti sebenar,atau lebih tepat 27 tahun menyembunyikan r4hsia dirinya adalah anak kepada pengacara terkenal itu, Myra menjelaskan dia tidak mahu bergantung dengan populariti bapanya untuk mencapai kejayaan.

Selepas berjaya menempa ‘nama’nya sendiri, Myra yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republic Of Gombak di TV3, berkata sekarang masa sesuai untuk dia mendedahkan identiti diri dan bapanya.

“Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghormatinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara, memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.

“Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun, ayah kurang setuju kerana bimb4ngkan diri saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dik0ngsikannya.

“Dia pun nampaknya bangga dengan saya kerana mampu berusaha untuk menapak dalam karier ini dengan bakat sendiri tanpa bergantung dengan namanya. Saya sayang dan menghormati ayah,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Jelas Myra lagi, dia sudah memaklumkan kepada Halim akan memberitahu perkara sebenar apabila orang bertanya.

Melihat pada sikap ramah Myra, cara percakapan serta raut wajahnya, persis ayahnya.

“Hubungan saya dengan ayah memang baik, walaupun saya tahu dia kurang selesa berk0gsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah, dia kalau bercakap pun suka berk0ngsi kisah semasa atau politik.

“Tapi, saya dah cakap dengan dia akan beritahu siapa saja yang tanya. Dia faham dan harapan saya ingin berjaya dalam karier ini,” katanya yang juga tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat ditubuhkannya.

Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

 

 

 

Sumber:HM