Pelakon berbakat besar, Amyra Rosli terus diu_ji apabila anak keduanya, Ayra Aryssa, 2, dis4hkan mengalami masa-lah jantung pula selepas dijagkiti virvs Kawasaki lebih seminggu lalu.
Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 30, memaklumkan, Ayra sudah beb4s dari virus tersebut serta bacaan dar4hnya juga sudah stabil berbanding sebelum ini.
Namun kini d0ktor mengesan terdapat pula mas4lah pada jantung Ayra apabila saluran dar4h organ itu didapati sudah mengembang.
“Dia juga masih demam, suhu badan kadangkala mencecah sehingga 39 darjah Celsius. Badan masih membengkak dan tak boleh berjalan. Memang fizikalnya berubah, tidak kurus seperti sebelum ini.
“Setiap hari dia diberikan ubat-ubatan. Ada lebih kurang dalam 10 biji kesemuanya. Badannya belum mampu pulih sendiri. Saya tak sanggup tengok dia mena-ngis kes4kitan, sampai tak berair mata. Tetapi doktor kata itu sahaja prosedur yang perlu dilakukan untuk kesembuhannya,” luahnya lagi.
Amyra memaklumkan bahawa doktor menge-sahkan bahawa Ayra Aryssa mengalami jagkitan luar biasa yang mengakiba-tkan dia terpaksa dir4wat dengan cecair intravenous immune globulin (IVIG) dalam kadar yang tinggi.
“Doktor s4hkan bukan jagkitan biasa. Ayra juga perlu dir4wat dengan IVIG sehingga 16 botol. Saya kena tabah untuk melihat dia sembuh. Tutup mata, hari-hari dar4h dia diambil. Sebenarnya, memang tak sanggup. Tetapi saya kena akur.
“Saya percaya, uj1an yang Allah bagi ini dia sertakan dengan jalan yang dia mudahkan. Saya bersyukur. Sebelum Ayra s4kit, saya s4kit terlebih dahulu sampai tak mampu berjalan. Sekarang saya sembuh dan mampu jaga dia. Saya tak dapat bayangkan kalau saya dan Ayra s4kit dalam waktu yang sama,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Amyra juga bersyukur kerana diberi kekuatan, selain menerima banyak doa dan kata-kata semangat daripada masyarakat yang prihatin dengan keadaan anaknya.
“Ya Allah. Ramai sangat yang mendoakan. Bukan sahaja yang berada di Malaysia, malah juga yang berada di Mekah. Saya rasa terharu. Tak tahu macam mana hendak balas jasa baik semua yang mendoakan. Saya sebak membaca doa-doa mereka.
“Saya kena kuat. Saya cakap pada Amar, tolong beri saya kekuatan. Saya sudah seminggu tak jumpa anak sulung kerana perlu berada di hospital.
“Apa pun saya letak kepercayaan kepada Allah SWT. Saya serahkan kepada doktor pakar yang merawat. Mungkin inilah jalannya, saya reda dan akur dengan ketentuan-Nya,” tambahya.
Pada 6 April lalu, Ayra Aryssa dibawa ke sebuah h0spital swasta di Kuala Lumpur selepas demam panas dengan suhu badan mencecah 41 darjah Celsius.
Empat hari selepas itu, Amyra dan suaminya, aktor Amar Baharin bergegas ke h0spital apabila dimaklumkan bacaan oksigen anak kedua mereka itu secara tiba-tiba menurun.
Sumber: Utusan