Rumah bakal dijual, pelakon veteran Johan Abdullah hilang tempat berteduh

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, yang mender-ita peyakit Parkinson dan angin ahmar buntu memikirkan tempat tinggal buat keluarga nya selepas ini.

Menurut Johan, 73, rumah sewa yang diduduki bersama isteri, Sarepah Meriam Aboo, 49, dua anaknya, Abdullah Musa Johan, 11, dan Orchid Raihani Johan, 6, sejak 2008 di sini, akan dijual pemiliknya.

“Kami sekeluarga cuba berbincang dengan pemilik rumah, namun kami diberi tempoh selama tiga bulan oleh tuan rumah untuk mencari rumah baharu dan mengosongkan rumah.

“Manalah kami nak tinggal selepas ini kerana kami tiada pendapatan tetap malah isteri ada terfikir buat sementara waktu ini nak buat rumah kongsi di tanah lot milik saya di Kampung Gadong tidak jauh dari sini,” katanya.

Menurut Johan, bukan mudah mencari rumah baru yang perlu menyediakan duit bayaran muka atau ‘deposit’ kerana dia sudah lama tidak bekerja serta perlu menyediakan perbelanjaan sekolah untuk dua anaknya.

Menurut isteri Johan, Sarepah, mereka sekeluarga mula hilag sumber pendapatan sejak suami jatuh s4kit pada awal pelaksanaan Per1ntah Kaw4lan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu.

“Kami sekeluarga sebelum ini meneruskan hidup dengan duit upah menulis dokumen kerajaan dan upah berlakon diterima suami.

“Tapi bila suami sak-it memang terputus langsung sumber pendapatan dan bila memikirkannya buat saya jadi sedih kerana saya sendiri turut menghidap penyakit tulang belakang yang mana pergerakan agak terbatas.

“Lagipun kami ada dua anak masih bersekolah perlu ditanggung berusia 11 dan enam tahun,” katanya.

Oleh kerana itu menjadi hasrat Johan untuk berlakon semula supaya dapat menampung hidupnya sekeluarga.

Sarepah juga mem4klumkan keadaan dirinya tidak sekuat dulu sejak diu-ji peyakit tiroid dan ‘slipped disc’ (cakera teranjak) membuatkan keadaan menjadi bertambah svkar.

“Selagi Allah bagi saya kudrat untuk jaga suami, saya akan terus pikul tanggungjawab ini dan saya rela hadapi dugaan ini, biarlah kami susah senang bersama.

“Cuma yang saya risau kalau keadaan kesi-hatan saya yang tidak sekuat dahulu untuk menjaga abang Johan yang lebih memerlukan kerana kalau saya kuat tidak mengapa, tapi sekarang saya pun tak sihat,” katanya.

Sarepah berkata, mereka pernah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) dan Persatuan Artis yang diketuai DJ Dave.

“Terima kasih kepada mereka yang mengambil berat termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memahami keadaan kami sekeluarga.

“Saya harap abang Johan segera sembuh seperti sediakala dan dia dapat melepaskan rasa rindu kembali berlakon,” katanya.

Sumber: HM