Niat sekadar kongsi pengalaman dengan jemaah tabligh, Boy Iman dilabel penunggang agama

Dulu namanya pernah terpalit dengan beberapa k0ntroversi sehingga gelaran Datuk yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik.

Sejak dari itu, nama pelakon dan usahawan Boy Iman seakan lenyap dari dunia seni tempatan.

Rupanya-rupanya diam Boy Iman diam berisi. Pengalaman yang lalu banyak menyedarkan dirinya yang pernah alpa.

Menceritakan perubahan dirinya setelah menyertai jemaah tabligh, Boy tidak malu meng4ku inilah kali pertama dia terbuka hati untuk mendalami ilmu agama bersama teman-teman lain.

“Enam tahun lepas, masa saya dilanda mus1bah, jemaah tabligh diketuai oleh Maulana Wan Helmi dan Dr. Sam ada datang ke pejabat saya dan ajak sertai mereka untuk ke Yala.

Masa itu, hati memang rasa nak pergi, tapi macam-macam hal4ngan berlaku. Saya tahu ada kawan-kawan artis lain macam Saharul Ridzwan, Nabil Ahmad dan Anuar Zain ada pergi juga.

Cuma,selepas bertahun-tahun, barulah saya pergi untuk sertai jemaah di Jerantut, Pahang”, Boy memulakan kisahnya.

Cerita pelakon ini lagi, dugaan pertama yang dihadapinya ialah tiba-tiba suhu kereta naik dan dia terpaksa menyewa sebuah kereta lain.

Dua jam sebelum bergerak, telefonnya pula terjat-uh dan tidak dapat dihidupkan sedangkan semua maklumat program ada di dalamnya.

Walaupun hmpir putus asa, Boy tetap juga berusaha meneruskan ‘perjuangan’nya, namun sekali lagi dia diu-ji apabila hampir ses4t.

Perjalann yang sepatutnya dekat menjadi jauh.

Tetapi Boy tetap optimis,baginya mungkin Allah SWT ingin mengvji sejauh mana kesungguhan dirinya untuk menuntut ilmu agama.

Sesampai di sana, Boy mula merasakan keterujaannya untuk fokus membuat amal ibadah apabila melihat semua aktiviti keagamaan dilakukan secara berjemaah, tanpa mengira latar belakang.

Sekiranya ada kesil-apan atau tidak pandai, rakan-rakan akan mengajar cara yang betul.

“Tak ada pun yang bercerita pasal duniawi, baik bisnes atau apa. Semua bercerita pasal kebesaran Allah SWT, tentang iman dan akhir4t. Jadi, mood itu pun rasa nak buat amal ibadah saja. Seronok, saya tak pernah rasa sebelum ni”.

“Saya adalah orang terakhir yang balik hari itu sampai budak-budak tahfiz di situ tanya. Saya rasa sayang nak balik awal. Tiga hari, 72 jam itu rasa sangat singkat. Hati melekat di situ. Memang satu perasaan yang indah”

Bertitik tolak dari  situ, Boy Iman kembali dengan semangat baru. Dia berk0gsi perubahan dan pengalaman dirinya setelah menyertai jemaah tabligh.

Namun terdapat segelintir netizen yang tetap mengata dan melabel Boy sebagai kaki ‘propa’. Malah ada juga yang men-uduh dirinya seperti penunggang agama.

“Saya tahu semua itu. Malah ada juga yang k0men di Facebook bila tengok saya pakai jubah. Jabatan netizen ini, memang tak akan pandang apa yang kita buat, walaupun baik.

Mereka suka jatvh hukum. Kata saya berlakonlah, main wayanglah, tunggang agamalah”

“Kena faham satu benda. Memang kita ini susah hendak puaskan hati orang. Kadangkala orang tak faham niat kita. Orang nampak saya ini macam tunggang agama.

Kalau betullah, sudah lama saya buat, enam tahun lepas mungkin saya dah buat masa mula-mula dipelawa sertai jemaah itu.

Ini bukan pasal tunggang agama. Ini pasal hati sudah sedia dan terbuka selain Allah SWT pilih. Kalau dijemput pun, kita tak ada hati, ia takkan terjadi. Malaslah nak cerita pasal netizen ini.

Saya berk0ngsi pengalaman ini sebab mahu ajak orang ke arah kebaikan selain nak bersihkan nama. Tapi paling utamanya nak k0ngsi perasaan manisnya keluar selama tiga hari itu. 

Saya nak jelaskan, bukanlah saya ini nak jadi alim, bukan juga tunggang agama. Tapi nak betulkanlah juga diri ini. Contoh, kalau tak pandai mengaji, tak akanlah sampai bila-bila kita tak nak belajar mengaji?

Bagi saya, dalam dunia ini tak ada apa-apa. Kita bersyukurlah dengan kehidupan yang Tuhan sudah beri.

Pernah tak terfikir, kalau m4ti kita ini pergi mana? Itu yang bermain di fikiran saya.

Bila usia telah mencecah 42 tahun ini pun saya rasa betullah apa yang orang kata, dunia ini bukan tempat tinggal, tapi tempat meniggal. Saya pilih untuk r4wat hati dan diri. Cas balik iman.” ujar Boy dengan penuh semangat seraya mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:UM