Sarimah tak suka dikaitkan dengan Sadiq

Pelakon era Studio Jalan Ampas, Singapura, seniwati Datuk Sarimah Ahmad,80, berkata dia tidak gemar cucunya, Sadiq M.Jamil menggunakan namanya untuk mencari tempat di dalam industri seni.

Ujar Sarimah, pada mulanya Sadiq hanya aktif berlakon teater, namun kini mula cenderung berlakon drama.

“Sadiq pernah minta saya tengok lakonannya dan bagi k0men tapi saya bukanlah tengok sangat. Saya tengok sekejap sangat sebab saya kena tidur awal untuk bangun solat tengah malam.

“Tapi saya puji juga lakonannya dan bagi nasihat jangan ingat berlakon ini senang. Kena kerja keras dan terpulang kepadanya untuk mencorakkan masa depan,” ujar seniwati lagenda ini.

Sarimah juga berkata, dia meminta Sadiq agar “berdiri atas nama sendiri” dan jangan mengaitkan dengan dirinya untuk mencipta nama dalam bidang seni.

“Tak payahlah semua itu. Jadi diri sendiri dan jangan kaitkan dengan saya. Rezeki itu Allah dah peruntukkan buatnya.”

Beliau juga menjelaskan sebelum ini pernah melarag anaknya mengikut jejak langkahnya terbabit dalam seni kerana pekerjaan ini menuntut masa dan peg0rbanan yang amat besar.

Namun dia mng4kui terpaksa menerima hakikat d4rah seni nya mengalir ke anaknya, M. Jamil dan kini ke cucunya pula,iaitu Sadiq.

Bagaimanapun M.Jamil sudah tidak aktif lagi berlak0n sejak diser4ng peyakit angin Ahmar.

Bagi pelakon veteran ini pula, walaupun masih didatangi tawaran berlakon, tetapi buat masa ini hatinya masih ‘tertutup’ untuk kembali ke layar perak. 

Sadiq merupakan anak M.Jamil hasil perkongsian hidupnya dengan pelakon era 80’an Siti Rohani.

Allahyarhamah Siti Rohani pernah membintangi beberapa buah filem antaranya, Sepi Itu Indah, Jauh Di Sudut Hati, Bujang Selamat dan Gila-Gila Remaja ketika hayatnya.

 

 

Sumber:BH