Bayi lelaki buat Mira Filzah dan Emir

Tiada apa yang lebih megujakan buat seorang suami apabila pertama kali memegang gelaran sebagai bapa.

Mungkin itu yang dirasai kini oleh Wan Emir apabila isteri kesayangannya, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah selamat melah-irkan anak lelaki pertama mereka di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa.

Berita gembira itu dikongsi oleh Emir sendiri sambil memberitahu tarikh kela-hiran anak mereka sama seperti Mira mengikut kalendar Islam.

“Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat mel4hirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar juga memaklumkan Mira serta bayi mereka kini dalam keadaan baik dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sih4t, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sih4t.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga,” jelasnya.

Sekadar info, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada September 2020.

 

 

Sumber:mst4r