Foto dan kapsyen ringkas Jue Aziz dibanjiri ucapan tahniah

Pernah melalui episod cinta tidak kesampaian bersama aktor Ako Mustapha dan Jehan Miskin, pelakon cantik Jue Aziz akhirnya memilih pemuzik dari negara seberang Bayu Daniels,sebagai suaminya yang sah pada 2014.

Namun rumahtangga itu cuma bertahan selama 5 tahun apabila pasangan ini mengambil kata pvtus untuk berpisah pada 2019.

Sejak itu, Jue Aziz senyap dari sebarang gosip dengan mana-mana lelaki sehingga lah baru-baru ini dia memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya melihatkan dua individu duduk di pelamin
dan wanita dalam gambar berkenaan, menutup wajahnya dengan bunga.

Disertakan dengan kapsyen ringkas “Alhamdulillah.”, kelihatan pasangan tersebut seperti baru selesai dengan majlis pertunangan dan membuatkan individu tertanya-tanya apakah Jue Aziz sudah mengakihiri zaman solo nya.

Walaupun tiada sebarang kenyataan dibuat oleh pelakon filem Hantu B0nceng itu , hantarannya tetap dihujani k0men netizen dan kenalan yang menitipkan ucapan tahniah kepadanya.

Namun begitu, dalam hantaran yang paling terkini, Jue dilihat ada memvat naik gambar tulisan tertera perkataan ‘nephew’ atau anak saudara lelaki, disertakan dengan emoji hati dan bunga mawar di ruangan kenyataan, se0lah memberi jawapan bahawa majlis tersebut adalah majlis pertunangan anak saudara lelaki nya.

Sehingga kini, pihak media masih tidak mendapat sebarag respon balas dari Jue Aziz.

Apapun, kita tunggulah Tuan punya badan beri kenyataan yang s4h. Kalau betul, tahniah kami di DTK ucapkan.

 

 

Sumber:HM