Isteri Allahyarham Mamat Khalid terharu, peminat sanggup datang dari jauh ziarah kubur suami

Pemergian mengejut pengarah filem tersohor tanah air, Mamat Khalid ke rahmatullah pada Oktober tahun lalu sememangnya memberi impak yang cukup besar bagi sesiapa yang mengenali nya.

Kehila-ngan sutradara itu bukan sahaja dirasai penggiat industri perfileman negara, tetapi juga peminat setia yang mengagumi bakat Allahyarham.

Hambatan rasa rindu itu makin dirasai apabila Aidilfitri tahun ini merupakan tahun pertama yang dirai tanpa kehadiran nya.

Maka tempat persemadian terakhir pengarah itu menjadi lokasi buat mereka untuk melepaskan kerinduan terhadap Allahyarham, pada Syawal ini.

Perkara itu di4kui oleh balu Allahyarham sendiri, Hasmah Hassan yang merasa terharu dengan kehadiran orang ramai di pusara suaminya yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Masjid Paloh, Ipoh Perak.

Ujar Hasmah, terdapat peminat Allahyarham yang sanggup datang dari Sungai Petani, Kedah untuk menziarahi pusara suaminya termasuk seorang kanak-kanak autism.

“Adik yang autism itu boleh hafal skrip dalam filem Hantu Kak Limah,” kongsinya seperti dipetik Astro AWANI.

Selain peminat, turut menziarahi kubur Allahyarham pada awal hari lebaran itu adalah rakan selebriti, Mawi.

Allahyarham Mamat Khalid menghembuskan n4fas terakhir di H0spital Slim River kira-kira pukul 11.25 malam selepas rebah di restoran miliknya akibat seragan jantung.

Mamat dikenali dengan filem dan drama bercorak komedi serta bertemakan perpaduan seperti Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah,Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya ,16 Puasa dan banyak lagi.

Allahyarham juga merupakan penulis skrip bagi filem epik legenda Puteri Gunung Ledang, yang dibintangi oleh Datin Seri Tiara Jacquelina dan Dato M. Nasir.

Karya terakhir yang mendapat sentuhan kreatif Allayarham ialah filem Kampong Pisang Kita Setandan.

 

 

 

Sumber: Awani