Azri Iskandar umum bakal bernikah dengan Dr Azra

Ini betul-betul. Bukan lakonan.

Kurang dari sebulan hidup solo, aktor Azri Iskandar menges-ahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip dan lirik bergelar Dr.

Azri berkata, dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang Dr Azra Diera Abdul Hamid sebelum tarikh 23 Jun ini.

“Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah. Majlis perkahwinan akan diadakan dalam waktu terdekat selepas pernikahan,” katanya.

Ditanya mengenai status Ara, Azri menjawab wanita berusia 43 tahun itu belum pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki phD dalam bidang muzik.

Azri sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, penulis skrip dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar sebelum rasmi bercerai pada 17 Mei lalu setelah 19 tahun melayari alam rumahtangga.

Hasil perkongsian hidup, Azri dan Ellie dikurniakan dua anak, iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Sumber:Boom!