
Kalau dah jodoh. Penyanyi Shahir Zawawi sama sekali tidak menyangka bahawa tempoh berkenalan selama 2 bulan dengan seorang wanita telah membuka pintu hatinya untuk berumahtangga.
Menurut Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 34, walaupun baru berkenalan dalam tempoh yang singkat dia dan bakal isteri sama-sama berniat untuk melangkah ke fasa yang seterusnya.
“Memang tidak jangka akan berkahwin, tetapi saya anggap usia sekarang ini sudah sesuai untuk menuju ke arah itu. InsyaAllah paling cepat tahun depan.
“Aturan Allah kita tidak tahu, mungkin lebih cepat lagi. Setakat ini belum ada tarikh, hanya merancang sahaja,” katanya ketika dihubungi.
Bukan seseorang yang terlibat dalam industri seni, Shahir memberitahu dia sudah menitipkan pesanan awal buat bakal isterinya itu terutamanya perhatian peminat yang akan diterima selepas berkahwin.
Belum bersedia mende-dahkan identiti bakal isterinya, Shahir memberitahu dia akan berk0ngsi semuanya apabila tarikh perkahwinan mereka sudah hampir nanti.
“Semestinya jika sudah dekat tarikh perkahwinan nanti saya akan beritahu kepada semua. Tidak mahu pula timbul fit-nah jika ada yang nampak saya bersama seorang wanita,” ujarnya.
Sementara itu bercakap tentang perjalanan seni, juara program Hijrahkan Laguku ini memberitahu dia semakin rancak menerima tawaran menyanyi selepas memenangi program tersebut.
“Syukur tawaran dalam dunia seni berjalan lancar. Sepanjang bulan Ramadan lalu banyak tawaran untuk mengaji kerana mengikut kesesuaian.
“Saya baru sahaja tampil dengan lagu duet bersama Mawi berjudul Qasidah Untuk Qamila. Sementara itu untuk lagu solo masih dalam perancangan,” jelasnya.
Sumber:mst4r