Pak Hamid Gurkha sudah tiada

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. 😔

“Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali”

Seperti yang dilaporkan dari portal Berita Harian,pelakon dan pelawak, Hamid Gurkha,90, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.19 petang tadi akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain selepas enam hari dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.

Menurut Ashita, jenazah bapanya masih berada di hospital tidak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan kerana perlu melalui beberapa prosedur.

“Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan,” katanya.

Khamis lalu, Nor men-afikan arwah dalam keadaan tenat hingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, Nor memaklumkan, arwah bapanya dalam keadaan stabil dan terkawal selepas diraw-at di h0spital akibat selepas mengalami batuk teruk.

Pada Aidilfitri lalu, keadaan Hamid hanya terlantar atas katil selepas diuji jagkitan COVID-19 pada Februari lalu.

Namun, bintang yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik, sebaliknya hanya mas4lah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun.

Hamid dan Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meniggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Sumber: BH