Pernah viral kerana wajah seiras pelawak Shuk, founder Cik Non meniggal dunia. Punca kem4tian dided4hkan

Pernah viral suatu ketika dulu kerana aksi melampau serta wajahnya yang seiras pelawak Shuk Sahar ,pengasas produk kontroversi Cik Non dilap0rkan meninggal dunia pada awal pagi Selasa.

Khabar duka pemergian  pemilik nama sebenar Nor Shahadah Aisyah,30, itu dimaklumkan oleh suaminya sendiri menerusi satu video di laman TikTok.

“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahadah Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi tadi,” ujarnya dalam nada tenang.

Dalam video sama, suaminya turut memohon maaf jika Cik Non ada melakukan sebarang kesa-lahan sepanjang hayatnya.

Tambah suaminya, dia juga tidak akan membuat siaran langsung pengkebumian isterinya atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

“Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya.

 

“Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia,” ujarnya dalam video itu.

Dalam pada itu, beberapa individu di laman Facebo0k turut berkongsi maklumat, mend-akwa Cik Non meniggal dunia akibat jagkitan kuman pada otak selepas mengalami cirit-birit selama empat hari.

Di ruangan k0men, rata-rata netizen menzahirkan rasa terkejut atas berita pemergian mengejut itu.

Pada masa sama, ramai netizen memohon agar segala video serta foto arwah yang pernah tular sebelum ini agar dipadamkan segera.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:mst4r