Ribuan kenalan dan rakyat bersesak iringi pemergian Eril

Selepas hampir tiga minggu hilang akibat lemas di sebuah perairan di Switzerland, akhirnya jenazah Emmeril Kahn Mumtadz anak kepada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil ditemui di Sungai Aare pada Khamis lalu.

Difahamkan Emmeril atau lebih mesra dipanggil Eril, 22, berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institusi pendidikan bagi melanjutkan pendidikan sarjananya.

Sejurus selepas berita kehilagan Eril diuar-uarkan media tempatan dan Indonesia, Ridwan serta isterinya, Atalia Praratya ‘berkampung’ di Swtizerland untuk membantu usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR) putera kesayangan mereka.

Sebaik jenazah tiba di Indonesia, media tempatan melap0rkan seluruh warga wilayah Bandung turut sama menanti ketibaan jenazah Eril untuk dikebumikan di Cimaung, Banjaran.

Bukan hanya di sekitar kawasan tanah perkuburan, bahkan, ribuan pelajar sekolah turut sama menanti di jalan menantikan rombongan menghantar jenazah Emmeril.

Bahkan, pelajar-pelajar sekolah juga membawa bersama pelbagai poster menyatakan rasa dukacita dengan pemergian anak muda berjiwa besar itu.

Berikutan itu, kesesakan trafik luar biasa turut berlaku lantaran jumlah kenderaan juga terlalu banyak.

Sementara di lokasi pengebumian pula, ratusan ahli keluarga dan kenalan berhimpun di bawah khemah bersama-sama hadir menyaksikan upacara pengebumian Allhyarham Emmeril.

Ketika hayatnya, Emmeril sempat berkongsi tentang prinsip hidup yang dipegangnya iaitu

Siapa ingin menjadi bunga indah di syurga diiringi berjuta doa,maka taburlah berjuta benih kebaikan selama di dunia”

 

Prinsip hidup itu dikongsi oleh Ridwan sendiri  dalam catatan di akaun Instagram peribadinya  mengundang rasa sedih dan pilu dalam kalangan pengikut beliau.

Masakan tidak, hantaran oleh seorang ayah yang terpaksa melepaskan pemergian anak tercinta ke negeri abadi sesuatu yang bukan mudah untuk ditanggung.

Kesedihan tambahan berganda apabila Ridwan mencatatkan bahawa foto yang dimuat naik di akaun media sosialnya itu dirakamkan beliau secara peribadi.

Maka tidak hairanlah  pemrgian Emmeril mendapat reaksi dari pelbagai lapisan  masyarakat Indonesia yang turut sama-sama berduka.

 

“Selamat pulang ke negeri yang abadi Eril, kini benih kebaikan yang kamu taburkan telah bertukar menjadi ribuan doa mengiringi bersamamu”

 

 

 

 

 

Sumber:Awani