Pelakon popular Beto Khusyairi menga-ku sehingga ke hari ini, baik dia dan isteri, Tisha Shahar tidak mam-pu lari dari pertanyaan untuk menimag cahayamata memandangkan usia perkahwinan mereka yang sudah mencecah lebih dari 10 tahun.
Namun katanya, soalan berkenaan tidak datang dari keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, sebaliknya dari mereka yang pertalian jauh dan jarang-jarang berjumpa.
“Saya bersyukur, keluarga, baik pihak saya atau isteri, mereka tak kisah. Tak ada paksaan dan tak ada juga yang menyuruh lakukan rawa-tan itu dan ini.
“Kadang-kadang, saudara-saudara dan kawan-kawan jauh, yang jarang sekali kita jumpa inilah yang bertanyakan hal ini.
“Yang tolong jawab adalah orang tua kami berdua. Mereka tahu apa yang kami lalui. Jadi, mereka tak ada mas-alah,” katanya.
Kata Beto, dia berpegang kepada takdir Allah SWT. Jelasnya, apa yang datang dariNya adalah yang terbaik.
“Saya betul-betul anggap ini rezeki dari Dia. Kalau belum diberi (zuriat) itu bermaksud ada seba-bnya.
“Mungkin belum bersedia. Mungkin juga kalau ada, hubungan suami isteri itu jadi kurang seronok. Minta jauh perkara ini.
“Jadi, saya percaya pada takdir yang ditentukan Allah SWT. Apa yang dia bagi adalah yang terbaik untuk saya. Saya dan isteri tak ada mas4lah, apatah lagi ahli keluarga kami yang terdekat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau ini juga menegaskan dia dan isteri bahagia menjalani kehidupan berdua. Pada masa yang sama, dia juga berharap soal zuriat tidak lagi dipertanyakan kepadanya.
“Kami tak pernah letak sasaran, bila dan bila untuk dapat anak. Kami enjoy kehidupan, berdua.
“Pada kami, zuriat bukan satu isu. Kami berdua okey sahaja. Harap tak ada lagi yang bertanyakan soalan ini selepas ini,” katanya berseloroh.
Sumber: UM