Lagi banyak grup WhatsApp lagi mudah data pengguna dicuri- JPDP

Dalam satu kenyataan terkini, Ketua Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP), Mazmalek Mohamad menjelaskan berada dalam kumpulan atau grup WhatsApp (group) yang banyak secara tidak langsung telah mende-dahkan pengguna kepada ris1ko kecur-ian data peribadi.

Ini berdasarkan kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mendapati lebih kurang 98% rakyat Malaysia telah menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai platform untuk berkomunikasi sama ada dengan kenalan atau urusan kerja.

“Bergantung kepada populariti atau keperluan, seseorang itu dianggarkan mempunyai kira-kira 30 grup WhatsApp yang mana secara tidak langsung memberikan akses nombor telefon milik mereka kepada kira-kira 600 individu lain secara kasar.

“Sudah pasti tidak semua di antara kita mengenali setiap individu yang berada di dalam grup WhatsApp yang kita sertai, lainlah jika ia kumpulan keluarga atau rakan serumah, jadi bagaimana mahu melindungi data kita daripada individu yang tidak dikenali ini?,” jelasnya.

“Di masa kini, nombor telefon merupakan data peribadi milik individu yang perlu dilindungi kerana apabila telah dided-ahkan, tidak mustahil kita akan menerima pelbagai iklan menjual barang atau perkidmatan malah lebih teruk jika dihubungi oleh ‘sca4mmer’.

“Apabila berlaku kes kecur-ian data, JPDP siasat dan dapati ia berpunca daripada grup WhatsApp malah ada sia-satan mendapati mangsa menyertai sehingga 50 grup dan tidak mengenali ahlinya yang lain,” kata beliau.

Jelasnya lagi, rakyat Malaysia hendaklah bijak dalam buat pertimbangan serta jangan dengan mudahnya menubuhkan atau menyertai grup WhatsApp yang tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka.

“Lebih banyak kumpulan yang kita sertai lebih besar ris-ikonya,” jelas Mazmalek.

Sumber:Buzzkini