Dua kali tolak tawaran haji, Alif Satar bersyukur doa di Tanah Suci termakbul

Walaupun sedih kerana pernah dua kali men0lak tawaran menunaikan haji atas sebab yang tidak dapat diela-kkan,  penyanyi dan pengacara popular Alif Satar bersyukur apabila doanya  untuk menghantar kedua ibu bapa menunaikan ibadah haji terlebih dahulu akhirnya dimakbulkan Allah. 

Alif berkata, sewaktu berpeluang menunaikan ibadah umrah sebelum ini, dia pernah berdoa agar dapat kembali ke Mekah pada musim haji, namun berniat  agar ibu bapanya iaitu Nor Hafiza Muhammed dan Mohd. Satar Ramli dijemput terlebih dahulu bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

 

“Pernah dahulu waktu saya buat umrah, saya berdoa di bawah pancur emas Kaabah memohon agar saya dapat kembali ke sini (Makkah) pada musim haji, namun biarlah ibu bapa saya yang mengerjakannya dahulu.

“Allah Maha Mendengar segala permintaan hamba-Nya dan aturan Dia pasti yang terbaik.

“Hari ini Allah makbulkan satu lagi doa saya. Alhamdulillah,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

“Dua tahun berturut-turut sebelum ini saya dapat jemputan menunaikan haji, tetapi dua kali juga saya tidak dapat pergi atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan.

“Perasaan sedih itu sukar untuk saya gambarkan,” ujarnya.

Pelakon drama Risik pada Hati yang kini sedang ditayangkan di TV3 turut memohon doa pengikutnya agar perjalanan ibu bapanya ke sana dipermudahkan sekali gus dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna.

 

 

 

 

Sumber:K! Online