Terkini! Jasad wanita hamil, ibu mertua ditemui dalam keadaan berpelukan

Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dari rumah mereka di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.

Magsa, Allahyarham Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang sedang hamil sulung empat bulan ditemukan bersama ibu mentuanya, Allahyarham Salmah Mat Akib, 53, seorang pes4kit strok pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.

Pengarah Jabatan B0mba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kece-deraan.

Beliau berkata, pihaknya percaya b0ngkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah magsa.

“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terpera-ngkap di bawah timbunan kayu.

“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.

Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.

Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.

“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.

Sumber:HM