Kubur Residen Inggeris pertama di Perak, JWW Birch yang terletak di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah di sini yang sepatutnya boleh dijadikan tarikan pelancongan sejarah ke negeri ini didapati dalam keadaan terbiar.
Kawasan kubur Birch yang berpagar dan bertanda batu nisan salib dan beberapa kubur dipercayai tentera British yang terbun uh ketika penentangan orang Melayu telah dinaiki semak.
Birch m4ti dibvnuh pada tahun 1875 ketika orang Melayu bagkit menent-ang penjajahan Inggeris.
Selain dinaiki semak, papan tanda kubur itu juga sudah terbuka daripada rangkanya dan pagar besi di kawasan kubur itu sudah reput dan tumbang.
Untuk pergi ke kawasan kubur tersebut juga memakan masa lebih setengah jam disebabkan keadaan jalan yang berlubang dan sempit serta terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Bagi Pengerusi Pembangunan Komuniti Perak Tengah, Nordin Abdul Malek berkata, keadaan kubur itu yang tidak dijaga dengan baik tidak sepatutnya berlaku bukan sahaja dari aspek pelancongan tetap juga dari aspek sejarah.
Menurutnya, ini kerana pene-ntangan orang Melayu sehingga Birch terbunuh merupakan sejarah negara yang mempunyai kaitan dengan sejarah perjuangan orang Melayu di sini menen-tang penjajah.
“Kubur ini wajar dijaga kerana ia berkait rapat dengan sejarah negara, rentetan daripada kisah perjuangan orang-orang Melayu dalam memper-tahankan agama, bangsa dan kedaulatan tanah air daripada penjajah.
“Jangan kerana ini kubur milik seorang yang dianggap mus-uh maka tidak ia perlu dijaga, memandang rendah dan mengab-aikan kisah sejarah yang menjadi simbol kepada generasi akan datang.
“Dalam hal ini kita boleh ambil contoh negara lain seperti Perancis yang mana kubur tentera N4zi dijaga dan dijadikan kawasan peringatan peristiwa sejarah sedih oleh negara itu sewaktu ditakluki tentera N4zi Jerman,” katanya.
Nordin berharap akan ada pihak yang mengambil inisiatif untuk memulihara kawasan perkuburan itu sebagai tarikan pelancong.
Katanya, ini boleh dilakukan dengan membina galeri atau maklumat sejarah kisah penentang orang-orang Melayu keatas pihak British sehingga menyebabkan Birch dib-unuh.
“Kubur ini juga menambahkan lagi kawasan pelancongan sejarah yang boleh dilawati di kawasan ini selain daripada makam-makam Sultan Perak yang terdapat di sepanjang Sungai Perak dan Kompleks Sejarah Pasir Salak.
Sumber: Utusan