Saksi dedah Alia kerap dipukul ibu angkat setiap kali waktu makan

Isu membabitkan kes pender-aan seorang kanak-kanak perempuan yang tvlar di media s0sial semenjak pagi semalam sehingga kini masih membangkitkan rasa amarah netizen.

Terbaru, seorang pempengaruh yang juga penghuni rumah tersebut yang dikenali sebagai Aqil membuat pended-ahan dan penjelasan mengenai nasib anak kecil itu sepanjang berada di rumah suspek.

Difahamkan, Aqil bersama tiga rakannya yang lain berada di rumah pengasas kosmetik itu atas urusan kerja.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Aqil menjelaskan mangsa bernama Alia yang berusia empat tahun kerap dipuk-ul setiap kali tiba waktu makan.

“Saya dan rakan-rakan saya empat orang duduk di rumah itu dan bekerja. Kami dah tak tahan bila kami duduk situ nampak Alia dipukul sebegitu setiap kali makan,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Aqil berkata Alia adalah seorang anak yang tidak nakal dan sangat baik.

 

“Bukan dipukul sebab nakal atau sebagainya, Alia adalah seorang budak yang sangat baik dan tidak nakal, sekalipun tak pernah melompat dan lari-lari.

“Hampir setiap hari Alia dipukul hanya disebabkan makan lambat, tak nak makan dan kenyang.

“Jadi saya dan rakan-rakan sekerja saya bercadang untuk merakam kejadian yang berlaku secara senyap untuk mendapatkan keadilan untuk Alia.

“Alia diambil menjadi anak angkat pada bulan Februari tahun ini. Jadi tak sampai setahun majikan saya membela dia,” jelasnya.

Sementara itu, Aqil turut bercerita mengenai keadaan sebenar yang berlaku sebelum suspek dan suaminya ditagkap oleh pihak berkuasa.

“Sehari sebelum saya pergi ke balai p0lis untuk membuat lap0ran, kami berjaya merakam beberapa video Alia didera pada masa petang dan sewaktu malam secara.

“Sejurus itu, kami meminta pertolongan daripada rakan rapat untuk membawa kami berempat keluar daripada rumah itu untuk membuat laporan.

“Jadi, semalam saya dan rakan-rakan saya telahpun membuat lap0ran di IPD Kajang. Selepas segala siasatan dan rekod telah dibuat, pada jam 12:14 tengah malam tadi majikan saya bersama suaminya telahpun direman,” ujarnya.

Laporan portal mStar, difahamkan Alia merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang tidak didaftarkan serta tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

“Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujar Ketua P0lis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan.

 

 

Sumber:Xtra