Polis tidak tolak kemungkinan Zalina hilang lebih awal dari dilap0rkan

Lagi perkembangan terkini mengenai misteri kehilangan bekas personaliti TV3 Zalina Azman.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata menerusi semakan dan siasatan dibuat, pihak p0lis berpendapat berkemungkinan Zalina hilang lebih awal daripada tarikh yang dilap0rkan.

Ini kerana kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita TV3 itu dikesan aktif adalah pada 20 November tahun lalu, empat hari sebelum anak lelakinya cuba membuat panggilan kepada wanita itu.

“Kalau anaknya tidak cuba telefon, kita pun tidak tahu dia hilang.

Berkemungkinan Zalina telah hilang lebih awal, tapi tidaklah awal sangat sebab kita sudah semak dan pada 20 November didapati telefonnya telah dimatikan (tiada rekod panggilan keluar atau masuk).

“Sama ada kerana sudah habis bateri itu kita tidak dapat pastikan,” katanya ketika melakukan lawatan ke rumah wanita berusia 58 tahun itu bersama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Sejak berita kehilangan Zalina dihebahkan kepada umum, terdapat beberapa dakwaan kelibat Zalina kelihatan namun belum dapat dipastikan kesahihannya.

Sumber:BH