“Walau tiada penghuni, setiap malam lampu rumah Zalina terpasang seperti biasa”- Jiran

Seperti yang dilap0rkan oleh portal Berita Harian,hasil tinjauan NSTP di Jalan Ketiau, Seksyen 3, di sini, mendapati keadaan rumah bekas personaliti TV3 yang hilang, Zalina Azman seolah-olah sudah lama ditiggalkan dengan pagar kediaman itu dilihat seperti belum siap dibina.

Menurut seorang pemilik pusat tahfiz yang juga berjiran dengan rumah Zalina, Mohammad Bokhari Shariff, 76, memaklumkan rumah personaliti itu dalam proses pengubahsuaian namun terhenti beberapa bulan sebelum kehilagan wanita itu dilap0rkan.

“Sebelum itu, saya melihat rumah terbabit sedang melalui proses ubah suai seakan-akan untuk dijadikan pejabat, namun kerja berkenaan terhenti beberapa bulan sebelum beliau dilaporkan hilang pada tahun lalu.

Sungguhpun begitu Mohammad Bokhari berkata, beliau dan jiran lain dapat melihat lampu di rumah Zalina terpasang seperti biasa setiap malam meskipun tiada penghuni, dipercayai kerana sudah dibuat tetapan automatik.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal menges4hkan keadaan rumah Zalina yang didapati tidak tersusun adalah disebabkan kediaman itu sedang dalam proses pengubahsuaian untuk menjadi sebuah galeri.

Sementara itu, dalam kenyataan beliau berkata, polis kini sedang mengesan pekerja yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian bagi membantu sias-atan kes kehilagan bekas personaliti televisyen itu.

“Kita masih menjalankan sias-atan, kini sedang mengesan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengubahsuaian kediaman itu (rumah Zalina) yang mungkin boleh membantu sias4tan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, seramai enam individu telah dipanggil dan dirakam keterangan sejak laporan polis mengenai kehilangan itu dibuat.

Sebelum ini, Mohd Iqbal dilapor berkata, Zalina dipercayai masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

 

 

 

 

Sumber:BH
Foto: MalaysiaGazette