Berita Khalid Ibrahim meninggal dunia tidak benar

Menerusi hantaran terbaru di laman rasmi Facebook bekas menteri besar Selangor,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,menafikan berita tular mendakwa Abdul Khalid sudah meninggal dunia.

Menurut sumber sahih itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menerima rawatan di sebuah h0spital di ibu kota.

“Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensit-iviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar.

“Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan buat ” kata hantaran itu sebentar tadi.

Media sebelum ini melaporkan, pada Mei lalu, Abdul Khalid dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jagkitan paru-paru, namun keadaannya kembali stabil.

Sumber:HM