Abaikan SMS bantuan kewangan Mysejahtera

Taktik terbaru sc4mmer.

Dalam satu kenyataan terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima pesanan ringkas (SMS) daripada ID Penghantar ‘GOV’ yang menggunakan nama organisasi MySejahtera memaklumkan kononnya bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch N Go (TNG) eDompet mereka.

Ini kerana MCMC mendapati terdapat penyalahgunaan ID Penghantar ‘GOV’ di mana pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan ID tersebut untuk tujuan penip-uan.

“Untuk makluman, hebahan SMS melalui ID Penghantar ‘GOV’ dikhususkan bagi membuat Pesanan Khidmat Awam (PKA) berkenaan inisiatif-inisiatif oleh kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat.

“Peringatan ini dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh pihak MySejahtera berkenaan pesanan SMS palsu berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai malah pihak P0lis Diraja Malaysia (PDRM) turut menggesa orang ramai berwaspada dengan taktik serta modus operandi penip-uan,” katanya lagi.

MCMC telahpun mengenakan sekatan ke atas akses pautan palsu tersebut.

“Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan SMS yang disyaki palsu dengan cara menghubungi organisasi terlibat bagi mengelakkan anda menjadi magsa kepada aktiviti berunsur penip-uan.

“Individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tind-akan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Kesek-saan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” jelas kenyataan itu.

Sumber:K! Online