“11 tahun yang indah bersama-sama dalam suka, duka”

Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Selepas 11 tahun hidup bersama, pasangan popular Mizz Nina dan Noh Hujan menges4hkan mereka kini bukan lagi suami isteri.

Pengumuman itu dibuat menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram milik Noh dan Nina pada jam 9 malam tadi.

Bismillahirahmanirahim, saya dan Nina ada pengumuman penting untuk dibuat. Selepas berfikir panjang dan meneliti dengan berhati-hati, kami berdua telah sepakat untuk berp1sah.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dalam suka, duka dan penuh mencabar.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang sering menunjukkan kasih sayang kalian kepada kami selama ini.

“Jangan risau, kami masih berkawan dan saling mendoakan kesejahteraan satu sama lain.

“Tolong doakan kami banyak-banyak terutamanya ketika tempoh iddah ini. Kami juga memohon jasa baik anda untuk menghormati privasi kami seperti yang tertulis di dalam Surah Al Hujurat ayat 12 di mana tidak membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu mengenai kami untuk mengelak fitnah. Apa yang kami perlukan hanyalah doa dari kalian semua,” tulisnya.

Perkara ini nyata mengejutkan peminat dunia seni tempatan kerana sepanjang hidup bersama, pasnagan ini bebas dari sebarang kontr0versi kisah rumahtangga.

Malahan, mereka juga baru mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

Bagaimanapun khabar angin mengenai keretakan hubungan pasangan ini mula dihidu beberapa minggu lalu namun dinafikan oleh keduanya.

Semoga Noh dan Nina temui sinar kebahagiaan selepas berp1sah.

Sumber:IG Mizz Nina