Guru disiplin cedera dipukul pelajar Tingkatan 3

Hanya kerana rambutnya digunting, seorang pelajar tingkatan tiga tergamak memukul guru wanita di sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa, di sini, semalam.

Pada kejadian 12.30 tengah hari itu, magsa yang berusia 52 tahun, juga merupakan guru disiplin sedang membuat rondaan.

Ketua P0lis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, guru wanita terbabit menerima lap0ran daripada seorang guru berhubung pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.

“Pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu memb-unuh. Dia kemudian bertindak memuk-ul mangsa dengan batang penyapu.

“Akibat pukulan itu, mangsa ce-dera di mata kirinya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Sias-atan Jen4yah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan sus-pek.

“Hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

“Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga esok membantu sias-atan.

Sumber:HM