Dikejarkan ke zon kritikal HKL, ini perkembangan terkini pelakon Ako Mustapha

“Pernafasannya lemah dan kuantiti oksigen juga menurun. Sekarang dia dipindah ke w4d isolasi yang tidak membenarkan sesiapa untuk melawat”- hanya itu yang mampu dimaklumkan oleh Kartina Shuib, isteri kepada pelakon popular era 90an, Ako Mustapha ketika ditanya mengenai perkembangan terkini suaminya itu.

Menurut Kartina,Ako terpaksa dikejarkan ke zon kritikal H0spital Kuala Lumpur (HKL) sebentar tadi akibat saraf dan otot tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik, difahamkan kerana tidak mengambil ubat kencing manis selama seminggu.

Menurutnya, dia tidak mengetahui Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha tidak mengambil ubat kencing manisnya sepanjang dia bekerja di luar kawasan selama seminggu.

“Ako tinggal bersama anak-anak dan bekerja seperti biasa. Tapi saya tidak tahu yang dia tidak mengambil ubat kencing manis bila saya tiada.

“Apabila tiba di rumah, saya lihat wajahnya sudah lain macam. Dia memaklumkan baru muntah selepas minum air dan makan sup. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut akan keluar balik.

“Saya nasihatkan untuk segera ke h0spital, tetapi dia enggan. Muka dia pun dah mula senget menyebabkan saya terus hubungi ambulan selepas itu,” katanya.

Bagaimanapun, Kartina menegaskan Ako tidak berdepan peyakit angin ahmar dan suaminya akan dipantau selama 24 jam dengan harapan setiap yang dimasukkan ke dalam badannya tidak keluar semula.

“Doktor kata bukan angin ahmar tetapi sebab tiada insulin dalam badan. Doktor beri dia enam liter air, glukosa berserta insulin,” katanya.

 


Terdahulu, dalam kenyataannya kepada media, Ako memberitahu dia mula menghid4p kencing manis sejak awal tahun lalu hingga menyebabkan berat badannya susut sebanyak 20 kilogram.

Sekadar rekod, Ako, 51, berkahwin dengan Kartina pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

 

 

Sumber:K! Online