Sedekad berlalu, ini wajah terkini pengacara cilik Tom Tom Bak, Hadziq Hazem

Sekitar tahun 2007, Tom Tom Bak yang dikendalikan oleh pengacara Aznil Nawawi adalah sebuah rancangan aneka bakat dan ragam kanak-kanak yang sangat popular.

Disiarkan selama ½ jam di saluran Astro Ceria pada pukul 12 tengah hari, Rancangan Tom Tom Bak dibahagikan kepada 4 segmen iaitu

Siapa Dia? – cuba teka watak yang dilakonkan oleh adik-adik ini

Jom Borak – tetamu cilik berkongsi pendapat masing-masing

Ada Bakat Ke? – Saksilah persembahan hebat daripada bintang cilik ini

Jeng Jeng Jeng – Kemuncak rancangan di mana penonton memilih peserta yang paling berbakat setiap episod berdasarkan jeritan ‘woo’ daripada penonton. Setiap penonton hanya boleh melakukan jeritan sokongan ini sekali sahaja.

Tom Tom Bak semakin mendapat perhatian apabila turut mengetengahkan seorang kanak-kanak,Hadziq Hazem sebagai pengacara bersama Aznil.

Keletah Hadziq yang bijak berbicara, spontan dan manja disisi Aznil yang dipanggil nya sebagai Uncle Aznil turut memeriahkan lagi rancangan ini.

Populariti yang dimiliki Hadziq turut mendapat perhatian pengarah apabila dia ditawarkan menerajui filem Syurga Cinta terbitan Metrowealth pada tahun 2009 sebagai bintang utama bersama Awal Ashaari dan Heliza Helmi.

Lebih sedekad berlalu, Hadziq kini bukanlah kanak-kanak hingusan lagi.

Jom kita lihat wajah terkini Hadziq yang semakin kacak bergaya sebagai lelaki dewasa.

Kacak bukan?  Bolehlah buat comeback lepas ni jadi hero pulak. 

 

 

 

Kredit foto:Koleksi Hadziq Hazem

Sumber: Tukang tulis