Jambatan hanyut dibawa arus, Ebby Yus belum masuk lagi rumah baru

Masih diuji.

Pelawak Ebby Yunus, 56, memberitahu dia masih belum dapat menduduki kediaman baharunya yang terletak di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat, berikutan jambatan penghubung ke penempatan itu, musnah, dalam bencana banjir, Disember tahun lalu.

Ebby mend4kwa sudah mengemukakan aduan kepada wakil rakyat serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri agar jambatan baharu dibina, namun, difahamkan, perkara itu masih dalam proses kelulusan.

“Saya belum terima kunci rumah yang dibina di bawah projek Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia bernilai RM56,000 itu.

“Jika kunci diserahkan pun, macam mana saya hendak pindah kerana jambatan hanyut dibawa air,” katanya lagi seperti dilapor BH Online.

Bagaimanapun, pelawak tersohor ini berkata, dia tiada mas4lah untuk menunggu jambatan baharu dibina.

“Saya tiada mas4lah biarpun kerja pembinaan jambatan mengambil sedikit masa. Kami faham, modal untuk membina jambatan, bukanlah kecil.

“Lagipun, JPS perlu memikirkan pelbagai perkara lain,” katanya.

Ebby berkata, penduduk di kawasan penempatan terbabit kini terpaksa menggunakan laluan alternatif yang hanya boleh dilalui motosikal.

“Disebabkan keadaan itu, ada penduduk terpaksa berpindah keluar. Laluan hanya boleh dilalui motosikal. Ada satu lagi laluan alternatif yang agak jauh, namun, masih dalam pembinaan,” katanya.

Selain itu, Ebby bimbang untuk berpindah berikutan sungai yang terbentuk di hadapan rumah selepas banjir, Disember lalu, masih terh4kis.

“H4kisan itu perlu diperbaiki bagi mengelak rumah saya terkena kesannya.

“Saya tidaklah tr4uma atas apa yang berlaku sebelum ini. Bagi saya, jika hendak banjir, mana-mana pun boleh berlaku.

“Jadi saya hanya mampu tawakal. lagipun, itu sahaja tanah yang saya ada. Mana lagi saya hendak pergi?” katanya.

Ebby berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang menggantikan kediamannya yang musnah dalam benc4na banjir, akhir tahun lalu.

Biarpun rumah baharu dibina dengan kos lebih kecil, Ebby bersyukur kerana bukan mudah untuk mengumpul modal membina rumah.

“Bantuan kerajaan ini membuktikan kami dipandang dan diberi perhatian berat. Bagi saya, berapa pun nilai rumah itu, saya tetap bersyukur asalkan ada tempat berteduh.

“Hendak harapkan saya kumpul semula wang dan bina rumah dengan modal dahulu, mungkin sukar dan ambil masa,” katanya.

Pada 19 Disember lalu, Ebby berdepan uj1an berat apabila rumah mahligai impian yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan, dihanyutkan air. Berikutan itu, Ebby menanggung keru-gian hampir RM200,000.

Sumber:BH online