Sudah lama berkenalan, ini latarbelakang Yin Shao Loong, lelaki yang berjaya menawan hati Nurul Izzah

Walaupun diraikan dalam majlis serba sederhana, berita perkahwinan YB Nurul Izzah Anwar dengan jejaka pilihan hatinya, Yin Shao Loong mendapat liputan hangat.

Apa tidaknya, tanpa sebarang publisiti, tiba-tiba anak kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dirinya telah menjadi milik jejaka campuran itu .

Bagai pinang dibelah dua,Nurul Izzah dan Yin Shao Loong juga dikatakan sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat, 5 Ogos 2022 berwalikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang menariknya, mereka berdua berjaya merahsiakan hubungan itu, dengan hanya beberapa rakan rapat dan ahli keluarga sahaja yang mengetahuinya.

Berita tentang perkahwinan kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan suami ternyata mengejutkan apatah lagi tiada angin dan tiada ribut, kedua-duanya sudah selamat disatukan.

Mesti ada sesuatu yang menarik tentang pemuda ini sehingga dia berjaya  memiliki hati Nurul Izzah.

Jom kita semak!

  1. Yin Shao Loong berumur 46 tahun dan mesra disapa Yin.
  2. Beliau merupakan seorang rakan penyelidik kanan yang berkhidmat di Institut Penyelidikan Khazanah.
  3. Tugas hakiki beliau di sana memfokuskan tumpuan kepada dasar perindustrian, perubahan iklim, dan teknologi masa depan.

  1. Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Pejabat Menteri Besar Selangor semasa memegang jawatan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
  2. Beliau juga dikatakan pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Parti Keadilan Nasional (PKR) yang diketuai Nurul Izzah.

  6. Yin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Kimia dan MSc dalam Teknologi Alam Sekitar dari Imperial College, London dan MA dalam Pengajian Kebudayaan dari Goldsmiths College, London.

 7. Yin juga aktif di media s0sial, antaranya di laman twitternya (@yinshaoloong)

 

 

 

Sumber:N0na

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: N0na