6 bulan lif rosak tanpa penyelenggaraan, Ibu sedih lihat anak hari-hari daki tangga setinggi 17 tingkat!

Seorang ibu pasti mahukan yang terbaik buat anaknya.

 Bertambah sayu apabila melihat anak yang masih kecil trpaksa menaiki tangga setinggi 17 tingkat setiap hari gara-gara lepas tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sekiranya berlaku sehari dua, mungkin masih ada ampunnya, tetapi apabila perkara ini sudah berlanjutan selama 6 bulan , siapa saja yang boleh menahan sabar.

Begitulah luahan seorang pengguna Facebook, bernama Puan Sasya Syanina yang berkongsi rasa sedih apabila nelihat anaknya yang menangis kepe-natan menaiki tangga rumah PPR mereka setiap hari.

Menerusi perkongsian tersebut, dia akui serba salah dengan cahaya matanya kerana belum mampu menyediakan tempat tinggal yang selesa buat mereka

“setiap hari aku doa nak hidup selesa sikit, bukan utk aku,tp utk anak anak.. aku tau Allah tak nak bg skrg, Allah nak bgnanti.. ade hikmah kite susah skrg dgn anak anak, bukan aku tak bersyukur dgn rezeki Allah, bukan aku tak
boleh hidup susah, tp aku tak kuat tgk anak anak nangis, tgk anak jatuh tangga, aku rase berdosa biar anak hidup
susah..”
“kau tau tak perasaan sebak aku nih jd mak, aku rase looser sebab tak boleh ade kan rumah terbaik utk anak.. hari hari panjat tangga ke tingkat 8 bukan benda biasa utk kami anak beranak..”

“tolong doakan kami dpt keluar dari PPR nih cpt ya, kami tak mampu beli lg, tp InsyaAllah mampu sewa rumah lain…. aku tak pernah mintak simpati melalui anak, tp Allah je yg tau hati aku, hati seorang mak nih..”

Difahamkan, wanita ini juga simpati dengan nasib golongan OKU, warga emas dan ibu mengandung yang tinggal di PPR tersebut.

“kami duduk 17 tingkat bukan 7 tingkat.. dekat blok ni ade ibu mengandung, ade anak kecik, ade warga emas, ade
org OKU.. bayangkan org dIm pantang naik tangga, org OKU tidur dlm kereta sebab tak boleh naik lift dgn kerusi
roda?”

“ramai je geng blok D dah call pengurusan dah call SUK, tp kami dibuat mcm bola, dia pass A dia pass B dia pass C
sampai kami taktau nak mengadu dgn siapa lg.. kami manusia bukan binatang, kami penat dgn semua nih..”

bila call dia suruh sabar, org waras pun boleh hilang akal kalau mcm nih setiap hari.. takan sebab kami bayar
RM124 sebulan nak aniaya kami mcm nih…”

Lebih menyedihkan, anaknya sempat pulang ke rumah untuk makan dan berehat sementara menunggu waktu masuk sekolah sesi petang, namun disebabkan isu ini, wanita ini terpaksa membawa baju sekolah agama dan tukar di masjid yang berdekatan.

“anak saya da dua kali jatuh tangga sebab kan lift.. anak sulung balik school jam 1.20ptg spatutnye boleh balik
rumah makan dan mandi sementara tunggu masuk school agama jam 3ptg tp terpakse saya bwk kan baju school agama salin kat Masjid berdekatan, dan makan dlm kereta” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keadaan anaknya yang kepenatan kerana terpaksa menaiki tangga.

Bukan itu sahaja, netizen juga bereng dengan pihak pengurusan kerana tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut dan mengambil masa terlalu lama untuk membaik pulih lif.

Antara komen warga maya:

“saya yang tengok pun kesian..sedih dengar anak menangis macam tu sebab dah tak larat..”

“kesiannya especially warga emas dan kanak2 nak kesekolah..”

 

 

 

 

Sumber:Media KL