“Ayah kata dah penat, nak berhenti kerja”

“Ayah berulang-alik dari Kemaman ke Johor namun sejak kebelakangan ini ayah menyatakan sudah penat dan bercadang mahu berhenti kerja,” kata Zul Hasni Zahari, 39, anak kepada Zahari Zakaria, 62, yang ditemukan mavt dalam gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, hari ini selepas tiga hari dia dilap0rkan hilang.

Kali terakhir Zol Hasni bertemu bapanya itu adalah pada akhir Julai lalu dan ketika itu arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Menurutnya, dia dan enam beradik lain serta ibu, Zubidah A Ghani, 64, bimbang kerana arwah terpaksa menempuhi perjalanan jauh untuk bekerja sejak lebih setahun lalu apabila menyambung kontrak pekerjaan atas tawaran majikan.

Katanya, bapanya sudah bersara dan tidak memiliki masalah kesi-hatan kecuali menghidapi kencing manis.

“Dia pernah menyatakan hasrat untuk berhenti kerja dalam tempoh terdekat namun tidak sangka perancangannya tidak kesampaian.

“Dia menyewa bilik dan bekerja di Pelabuhan Johor sebagai inspektor kapal dan pulang ke Kampung Mak Chili, Kemaman, Terengganu pada hujung minggu atau dua minggu sekali,” katanya.

Zul Hasni berkata, arwah bapanya bertolak dari Kemaman kira-kira jam 10 malam dan selalunya melalui Jalan Kuantan-Pekan-Rompin-Mersing-Kota Tinggi sebelum ke Pasir Gudang.

Kebiasannnya Allahyarham Zahari akan menghubungi isterinya bagi memaklumkan sudah sampai ke Pasir Gudang namun pada hari kejadian, dia sepi tanpa sebarang berita.

“Naluri ibu menyatakan sesuatu kejadian tidak diingini menimpa ayah. Malah salah seorang sepupu kami yang bekerja bersama bapa juga menyatakan bapa tidak sampai ke Pasir Gudang yang membuatkan kami bertambah risau,” katanya.

Katanya, kira-kira jam 7 pagi ini dia menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan kereta dipandu bapanya di dalam gaung.

Terdahulu keluarga Zahari turut membuat hebahan di media s0sial dengan meminta orang ramai mengesan bapanya yang gagal dihubungi.

Keluarganya mendakwa sudah menghubungi polis dan h0spital tetapi tidak menerima sebarang laporan berkaitannya.

Miste-ri kehilangan Zahari sejak tiga hari lalu terjawab apabila dia ditemukan maut dalam kereta dipandunya yang terjunam ke gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 9.10 pagi berhubung penemuan Perodua Myvi berwarna biru dengan bernombor pendaftaran WC9129E itu.

Jenazah Zahari dibawa ke H0spital Mersing untuk bedah siasat dan akan dibawa pulang ke Kemaman untuk pengebumian.

Sumber:HM