Sempat “share location” selamatkan remaja austisme dari terus jadi habuan lelaki Rohingya

Remaja autisme yang hilang dan dilarikan seorang lelaki dari Kulai, Sabtu lalu bertindak bijak dengan mengambil ke­sempatan menghantar lokasinya ketika penculik, iaitu seorang lelaki Rohingya sedang tidur.

Menurut ibu saudara gadis berkenaan, Adawiah Othman, 27, mangsa yang lebih mesra dipanggil kakak memberitahu, dia dipe­lawa oleh suspek yang menyamar sebagai rakan sebaya.

Suspek yang didakwa seorang guru al-Quran itu turut mer0gol mangsa beberapa kali sepanjang tempoh 14 hingga 18 Ogos lalu berjaya ditahan dalam satu serbuan di Kampung Sat, di sini, kelmarin.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, tind4kan mangsa yang sempat menghantar lokasi melalui telefon bimbit kepada ahli keluarganya, membantu pihak polis Daerah (IPD) Tanah Merah membuat serbuan pada jam 2.15 petang.

“Mengikut keterangan mangsa, dia dibawa oleh seorang lelaki yang dikenali menerusi Whatsapp menaiki bas dari Skudai, Johor ke Tanah Merah pada jam 9.30 malam Sabtu lalu.

“Sebaik diselamatkan pihak berkuasa petang kelmarin, mangsa dibawa ke H0spital Tanah Merah untuk pemerik-saan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, suspek yang berumur 23 tahun direman tujuh hari bermula semalam hingga 25 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Kesek-saan.

Sumber:UM