Peristiwa bapa usung jenazah anak 1 jam bukan perkara baru, warganet luah kekesalan, petugas amal ded4h pernah terkandas 8-9 jam sampai peti jenazah melimpah dengan d4rah

BARU-baru ini, tular di media s0sial berkenaan isu menyayat hati yang melibatkan seorang bapa terpaksa mengusung jenazah anaknya selama 1 jam untuk tiba di lokasi pengebumian di Kg Samparita Tengah, Kota Marudu Sabah berikutan jalan di daerah itu kurang elok dan sukar dilalui kenderaan.

Walaupun keluarga tersebut merupakan golongan miskin yang mendapat bantuan keranda dan pengangkutan van jenazah percuma daripada Persatuan Amal dan Jariah Sabah, namun itu tidak memberi erti apabila van jenazah tidak dapat masuk ke kampung ekoran jalan yang sangat teruk.

Terkesan dengan berita itu, rata-rata warganet berk0ngsi berita sedih tersebut di laman media serta mempersoalkan keupayaan kerajaan negeri yang dida-kwa tidak mempedulikan kehidupan masyarakat setempat khususnya dalam soal kebajikan dan kemudahan asas.

Malah ada yang menyatakan Sabah adalah negeri termiskin dan semakin mundur.

“Jalan raya, air, letrik, merupakan kemudahan asas yang perlu diberi keutamaan selain kesihatan dan pendidikan, apa guna pembangunan mencakar langit tetapi rakyat masih miskin dan susah, pembangunan kawasan luar bandar perlu diberi keutamaan… sedih sangat tengok kawasan di pedalaman Sabah.

“Saya tidak sabar menunggu alasan menteri dan mereka yang bertanggungjawab… kenapa selepas berpuluh tahun, jalan di Kota Marudu masih tidak elok.

“Masih ada isu sebegini di Sabah tapi menteri-menteri dan MP (Ahli Parlimen) dari Sabah sibuk menambah kekayaan keluarga mereka serta kuncu-kuncu mereka. Sebuah negeri yang sangat kaya tetapi rakyat diabaikan. Very sad but that’s the reality.

“Beberapa puluh tahun hidup macam ni di bawah pemerintahan yang sama. Harap buka mata. Apa pun takz-iah buat ibu bapa kepada bayi.

“S4kit hati rasanya apabila viral pemimpin bersenang lenang sedangkan rakyat marhaen sengsara untuk meneruskan kehidupan seharian. Jalan raya pun tidak ada kesudahan di Sabah.

Dekat pilihan raya semuanya turun padang tabur janji-janji manis… selepas pilihan raya balik ke sarang perkuatkan kedudukan masing-masing. Syukur ada badan-badan NGO, orang perseorangan dan yang prihatin menolong.

Sabah dan Sarawak ni bukan dalam Malaysia ka? Jalan raya tu salah satu kemudahan asas yang amat penting sebab penghubung utama antara kawasan pedalaman, kampung, daerah, bandar dan sebagainya. Lain kali menteri yang tidak turun padang, potong gaji mereka. Tidak guna dinaikkan gaji tetapi tidak produktif dalam melakukan amanah rakyat. Membazirkan duit hasil keringat rakyat sahaja. Salam takziah buat saudara kita,”.

Menyusuri ruangan komentar juga, sebilangan pelayar Faceb0ok turut mempertikaikan slogan ‘Sabah Maju Jaya’ yang telah dicanang sejak sekian lama.

“Saya malu nampak slogan, mana yang maju dengan jaya tu? Makin mundur adalah.”
antara luahan para warganet.

“Ini juga pengurusan jenazah baby di Kudat kena lalui sungai dan titi pokok tumbang yang agak tinggi sungai di bawah. Jika musim hujan lebat, jalan su-sah untuk dilalui. Bayangkan macam mana angkat jenazah lalui titi.

“Baru-baru ini urus jenazah dewasa di Matunggong Kudat, juga lebih kurang ceritanya kena lalui jalan yang rosak,” ujar mereka.

Menurut pengasas Persatuan Amal Dan Jariah Sabah, Tuan Masrul Guding,32, persatuan amal miliknya itu telah diasaskan pada tahun 2020 dan sehingga kini masih aktif dalam memberi bantuan pada waris jenazah yang memerlukan di sekitar Sabah.

Enggan mengulas lanjut mengenai isu yang tular baru-baru ini, beliau berkongsi bahawa sebenarnya terdapat banyak k.es ataupun kejadian yang lebih tragis pernah berlaku sepanjang beliau menjalankan kerja-kerja amalnya.

Antaranya adalah isu jenazah berda.rah dan berair yang tidak akan pernah terpadam dalam memori beliau.

Menurutnya, kejadian tersebut telah menjadi kebiasaan dan normal buat penduduk di sini terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Saya masih ingat ada satu kejadian di mana jenazah yang kami bawa berada dalam keadaan berdar.ah dan berair akibat perjalanan yang terlampau lama untuk dibawa ke lokasi perkuburan.

“Jalan di sini (Pekan Kota Marudu dan Ranau) terlampau teruk dan rata-ratanya memiliki jalan yang sempit di di curam bukit.

“Jadi, kami terpaksa menggunakan alternatif lain iaitu laluan hutan yang kurang berbahaya jika dibandingkan jalan raya di sini,” katanya.

Ketika ditanya soal jarak dan laluan berliku yang perlu ditempuh, beliau berkata kru dan pasukannya sudah lali dengan perkara itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

“Kebanyakan laluan di sekitar Pekan Kota Marudu dan Ranau sememangnya mempunyai jalan yang teruk dan kami terpaksa ambil jalan jauh untuk menghantar jenazah.

“Kira-kira 33km perlu ditempuh sebelum tiba di perkuburan dan kami menghabiskan masa selama 8 hingga 9 jam di hutan,” katanya.

Lebih teruk, setibanya di lokasi yang dituju peti jenazah akan dilimpahi dengan da.rah yang mengalir dan mengakibatkan bantal ataupun kain kapan bertukar seperti lautan merah.

Menagih bantuan dan perhatian daripada pihak berkuasa, isu ini pernah dibangkitkan oleh beliau namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang penambahbaikan dilakukan.

Antara harapan dan cadangan beliau adalah jalan raya perlu diperbaiki segera dan bantuan van jenazah ataupun jentera berat perlu dihulurkan pada persatuan serta petugas dalam hal ini.

“Maka seharusnya bantuan lebih diberikan pada pihak pengurusan jenazah berswasta ataupun persatuan amal seperti kami,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:Maj0riti