Nama Illya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya ,bukanlah satu nama asing dalam dunia komedi tanah air.
Dilahirkan pada 15 November 1967 di Tanjung Rambutan, Perak, Pak Ya terlebih dahulu mencipta nama bersama kumpulan Senario.
Kumpulan Senario telah ditubuhkan pada tahun 1996 hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1994 yang mana pada tahun itu, Shamsul Ghau Ghau telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad menjadi naib juara tersebut.
Pak Ya juga merupakan salah seorang program realiti TV3 itu bersama Wahid dan Hamdan dalam kumpulan yang diberi nama Serba Salah.
Namun pada tahun 1998, Pak Ya bersama Hamdan telah mengundurkan diri dari Senario dan menubuhkan kumpulan Aku Kaya bersama Yassin Yahya pada tahun 2002.
Namun kumpulan ini cuma bertahan sehingga tahun 2005 sebelum mereka semua bergerak secara solo.
Tidak berputus asa, Pak Ya bersama Hamdan kemudian telah menubuhkan pula satu kumpulan baru bernama Hiro yang turut dianggotai oleh Ropie Cecupak untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2011.
Sekitar tahun 2014, Pak Ya diberikan peluang mencuba nasib dengan menyertai kumpulan Sepahtu untuk bersaing di pentas Maharaja Lawak Mega 2014.
Dan akhirnya Pak Ya terus kekal selesa bersama Sepahtu sehingga kini.
Dalam pada naik turunnya nama Pak Ya dalam dunia seni ini, ramai yang tidak mengetahui bahawa Pak Ya mempunyai kembar seiras bernama Yang Sharkawi yang pernah bekerja sebagai seorang guru di sekitar Perak.
Menurut Pak Ya yang juga anak keempat daripada lapan beradik berkata, dia dan abang kembarnya itu memiliki minat sama iaitu berlakon, men4ri serta menyanyi.
“Kami pernah menjalani uji bakat lakonan di Kuala Lumpur ketika remaja, tetapi gag4l. Kami juga menceburkan diri di pentas teater bangsawan arahan Allahy4lrham Onie Moraza.
Cerita Pak Ya lagi, ketika dia layak ke peringkat akhir Sinaran Pasport Kegemilangan,Pak Ya berkata abangnya juga dibawa bersama menjayakan rancangan realiti berkenaan.
“Pada masa itu seluruh Malaysia keIiru mana satu saya, mana satu abang. Bukan itu saja, ibu kami yang menyaksikan melalui televisyen juga tidak mengec4m mana satu anak ketiga dan keempatnya,” katanya ketawa.
“Tetapi Abang saya mengutamakan pendidikan maka terplsahlah kami mengikut karier masing-masing.
Oleh kerana tiada kelulusan, saya memberi tumpuan sebagai artis,” katanya yang memulakan langkah sebagai penari separuh masa di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Perak manakala kembarnya pula bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah di Taiping.
Berkongsi zaman kanak-kanak, Pak Ya memberitahu mereka gemar berpakaian sedondon dan menjadi tarikan masyarakat hingga dijemput memeriahkan program keraian.
“Jika di kampung, kami sangat dikenali kerana seiras tambahan pula sering menjayakan program soslal. Jika digandingkan dalam pementasan teater bangsawan, kami diletakkan bersama memegang watak pari-pari,” katanya yang suka termenung dan memandang awan.
Menurutnya, pada waktu kecil ibu mereka suka menyediakan pakaian yang sama menyebabkan penduduk kelirv.
“Kami sering dijadikan bahan tekaan, yang mana satu saya yang mana satu abang sehinggalah sekarang. Pernah suatu ketika, peminat juga kelirv antara saya dan abang,” katanya.
“Jika berg4duh, abang saya suka meng4lah malah penduduk kampung menyifatkan kami seperti kucing kerana bermain, bergurau, berpelvkan dan bercak4ran bersama,” katanya.
“Sebagaimana eratnya saya dan abang, anak kami juga rapat antara satu sama lain. Kami bawa hubungan waktu kecil dalam jiwa anak-anak,” katanya.
Wah..menarik cerita Pak Ya. Semoga Pak Ya terus kekal sih4t dan menghiburkan para peminat komedi tempatan.
Sumber : Orang Perak