“Tak kisah jika itu pilihannya, saya tak halang ” – Sharifah Shahirah

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkongsi keterujaannya apabila bakal menerima menantu pertama tidak lama lagi.

Anak sulung penyampai radio itu, Allisya Tahir selamat melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihannya, Mac lalu.

Sharifah Shahirah yang mersa dengan panggilan Shiera, 47, berkata, dia bersyukur kerana majlis pertunangan berjalan lancar dan mendoakan yang baik-baik atas pilihan yang dibuat Allisya.

“Saya tak kisah. Itu pilihannya untuk tamatkan zaman bujang dan sebagai ibu saya terima, tidak menghalang. InsyaAllah Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November depan, majlis (resepsi) pada 13 November, alhamdulillah.

“Saya sebenarnya tidak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa. Asalnya pandai jaga batas dan pada saya bakal menantu pun seorang lelaki yang baik. Begitu juga dengan keluarganya,” kata Shiera lagi.

Isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu berkongsi berita gembira tersebut ketika ditemui pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.

Ketika ditanya mengenai persiapan menyambut menantu tidak lama lagi, Sheira berdoa moga perancangan menjelang hari bahagia anaknya dipermudahkan.

“Syukur sebenarnya. Cuma sebelum ini saya tidaklah terlalu berk0ngsikan mengenai perkara itu di media so0ial. Apa pun terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.

“Setakat ini persiapan masih lagi berjalan, tinggal lagi saya serahkan kepada anak dan bakal menantu untuk menguruskan. Sebagai ibu saya sokong apa yang terbaik,” katanya lagi.

Allisya,23, ialah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.

Allisya sebelum ini pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang pernah disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH