Pekin Ibrahim, Mona Allen sambut anak merdeka

Pelakon berbakat, Mona Allen selamat melahirkan bayi lelaki sulung di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada pukul 2.39 pagi, Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan Mona atau Munna Hafiraneza Allen, 37, di Instagramnya, memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan dan baby selamat.
Mona dan Pekin dikurniakan cahaya mata pertama selepas lima tahun berkahwin.
“Baby merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi,” katanya.

Monna dan suami, iaitu pelakon Pekin Ibrahim turut menerima ucapan tahniah rakan-rakan dan kenalan rapat sempena kelahiran anak mereka yang turut sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.

Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses untuk mendapatkan anak atau Trying to Conceive (TTV).

Dalam temubual sebelum ini, Mona memberitahu mereka turut melakukan rawatan peru-batan Islam dan berjaya hamil selepas Pekin minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga 7 Disember 2018.

Sumber:Mst4r