Perasaan m4rah dan benci seorang pesara tentera yang menjadi c4cat seumur hidup akibat seragan komunis akan dibawa sehigga ke akhir hayatnya.
Bekas anggota tersebut dari Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), Md. Nonasi Selamat, 69, berkata, dia sudah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat koperal selepas berkhidmat selama 21 tahun, kira-kira 29 tahun lalu.
Mengimbas detik hitam yang berlaku pada dirinya, Md. Nonasi berkata, tarikh 27 Mei 1975 kira-kira pukul 4 petang masih segar dalam ingatan kerana jerangkap samar yang ditanam anggota pengg4nas menyebabkan sebahagian tumit kakinya hilang.
Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama enam anggota seksyen menjalankan tugas rondaan untuk menjejaki pengg4nas komunis yang dikatakan membuat penempatan di sekitar perkampungan Orang Asli Alai di Perak.
“Pada hari keenam, akhirnya kami menemui pondok didiami k0munis dipercayai sudah dua minggu ditinggalkan berdasarkan tarikh terakhir kalender dik0yakkan di situ.
“Ketika membuat penggeledahan, satu temb-akan dilepaskan musuh tidak jauh dari situ.
“Kami terus mengejar ke arah datangnya bunyi letu-pan itu tanpa menyedari ia satu perangkap agar kami masuk ke kawasan jeragkap samar,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Katanya, dia yang berada paling belakang terpijak jeragkap samar walaupun berjalan menggunakan taktik peperan-gan iaitu mengikut setiap kesan tapak kaki rakan di hadapan.
Menurut Md. Nonasi, sebaik b0m dipijak itu meletup, dirinya terpelanting.
“Sebaik mengetahui saya terkena jeragkap samar, ketua seksyen terus mengarahkan anggota C0mbat Medic memberikan raw4tan menggunakan pembalut luk4 yang sememangnya ada pada setiap anggota.
“Ketika itu, hanya kem4tian terbayang difikiran,” katanya.
Dalam linangan air mata, Md. Nonasi melahirkan ucapan terima kasih kepada lima rakannya yang bersusah payah mengusungnya kira-kira 2 kilometer.
Ujarnya, dia selamat tiba di sebuah h0spital di Pulau Pinang kira-kira pukul 10 malam dan diberi tahu tahap keced3raan.
“Saya menyimpan d3ndam itu kerana pada usia baru 22 tahun dengan tiga tahun berkhidmat dalam ATM, saya menjadi c4cat sepanjang hayat.
“Generasi sekarang janganlah terlalu gembira dengan keamanan dikecapi kerana ia boleh h4ncur sekiranya kita lalai,” ujarnya.
Sumber : K! ONLINE